Zikir Menghindar Musibah
27 Mar 2020Syaaban dan Puasa Sunat
10 Apr 2020Allah hanya memanggil kita tiga kali sahaja sepanjang hidup kita di atas muka bumi ini. Panggilan pertama adalah panggilan azan 5 waktu setiap hari. Panggilan kedua adalah panggilan untuk menunaikan umrah atau pun haji. Dan panggilan yang terakhir adalah panggilan kematian.
Maka jawablah ketiga-tiga panggilan itu dengan hati yang tenang dan ikhlas. Insha Allah, syurga adalah balasannya.
Paling utama, jawablah panggilan yang pertama itu dengan bersegera menunaikan solat di awal waktu. Tinggallah seketika urusan duniawi.
Panggilan yang kedua hanya untuk mereka yang mampu menunaikannya. Pasanglah niat dan berusaha untuk menjadi tetamu Allah.
Dan panggilan yang ketiga pula, pasti semua orang akan menerimanya bila tiba waktunya tanpa mengira sihat atau sakit, muda atau tua.