Masjid Quba’, Madinah – pertama dan tertua dalam sejarah Islam

Masjid Quba’, Madinah – pertama dan tertua dalam sejarah Islam

6 Doa Semasa Mengandung Sampai Melahirkan, Jika Diamalkan InsyaAllah Anak Dengar Kata
6 Doa Semasa Mengandung Sampai Melahirkan, Jika Diamalkan InsyaAllah Anak Dengar Kata
11 Nov 2020
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
12 Nov 2020
6 Doa Semasa Mengandung Sampai Melahirkan, Jika Diamalkan InsyaAllah Anak Dengar Kata
6 Doa Semasa Mengandung Sampai Melahirkan, Jika Diamalkan InsyaAllah Anak Dengar Kata
11 Nov 2020
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
12 Nov 2020
ANE 20201111 masjid pertama dalam sejarah islam
icon follow us

Pernahkah anda terfikir, di manakah terletaknya masjid pertama dan tertua dalam sejarah Islam? Mungkin ada di antara kita yang menjawab Masjidil Haram atau Masjid Nabawi sebagai masjid tertua.

Namun, jawapan tersebut tidak begitu tepat kerana masjid tertua di dunia ialah Masjid Quba’ yang terletak di Madinah Al-Munawwarah.

Dalam Al-Quran, Allah SWT ada menyatakan mengenai perihal Masjid Quba’ ini. Melalui Surah At-Taubah, ayat ke-108 :

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًۭا ۚ لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌۭ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا۟ ۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُطَّهِّرِينَ ١٠٨

“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”

(Surah at-Taubah, ayat 108)

Melalui maksud ayat ini, dapatlah difahami bahawa Masjid Quba’ ini telah didirikan atas dasar takwa kepada Allah Taala.

Dipercayai bahawa masjid ini juga menjadi lokasi pertama sembahyang Jumaat didirikan yang mana diimamkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW sendiri.

Masjid Quba’ yang terletak di Madinah Al-Munawwarah ini telah diasaskan pembinaannya oleh Nabi Muhammad SAW, dengan batu asas pembinaannya telah diletakkan oleh baginda sendiri.

Masjid ini diiktiraf sebagai masjid tertua di dunia memandangkan tarikh pembinaannya telah dipastikan dan disahkan dengan tepat. Namun, bangunan Masjid Quba’ pada awalnya tidaklah seperti apa yang kita lihat sekarang.

Bangunannya telah melalui banyak perubahan dan proses baik pulih sehinggalah kepada struktur moden yang dapat dilihat pada hari ini. Proses renovasi pertama terhadap masjid ini telah dilakukan oleh Khalifah Usman Bin Affan RA.

Kemudian, ia sekali lagi dibaik pulih dengan pembinaan menara masjid pertama oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Ia juga pernah dibaik pulih oleh Abu Yali Al-Husaini yang menambahkan ruangan mihrab dalam masjid ini.

Untuk rekod, ia juga telah melalui proses baik pulih pada tahun 671, 733, 840 dan 881 Hijrah. Pada tahun 1245 Hijrah, ia telah dibaik pulih sekali lagi oleh Sultan Abdul Majid, pemerintah Empayar Turki Usmaniyyah pada ketika itu.

Kini, masjid ini telah berada di bawah jagaan Kementerian Haji, Kerajaan Arab Saudi.

Batu asas masjid ini diletakkan buat pertama kalinya oleh Nabi Muhammad SAW sejurus selepas baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

Nabi Muhammad SAW juga telah menunaikan solat qasar selama 14 hari ketika mana Baginda menunggu kedatangan Saidina Ali RA dari Mekah ketika berlakunya proses Hijrah. Ketika Rasulullah SAW berada di Madinah, baginda sering hadir ke masjid ini pada setiap hari Sabtu dan melakukan solat sunat dua rakaat.

Jika anda mengambil wuduk dan melakukan solat sunat dua rakaat di masjid ini, dikatakan pahalanya bersamaan dengan melakukan satu umrah.

Jika ada rezeki anda untuk melakukan umrah, ziarah atau haji ke tanah suci kelak, ambillah kesempatan untuk melakukan sekurang-kurangnya solat sunat dua rakaat di masjid ini.

Jangan lepaskan peluang yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup anda.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] syiar Islam. Hakikat ini digambarkan oleh tindakan Rasulullah SAW yang mendirikan masjid pertama “Masjid Quba’” dalam peristiwa hijrah, sebagai langkah pertama dalam penyebaran Islam dan membangunkan masyarakat di […]

Masjid Quba’, Madinah – pertama dan tertua dalam sejarah Islam
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more