Menderma harta: kebaikan kita dan penghargaan Allah SWT : Pena Hijau

Menderma harta: kebaikan kita dan penghargaan Allah SWT

Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
12 Nov 2020
Islam Itu Mudah
13 Nov 2020
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
Duit Isteri BUKAN Duit Suami, Kalau Nak Suruh Bayar Itu Ini Tanya Dulu
12 Nov 2020
Islam Itu Mudah
13 Nov 2020
dreamstime_s_200365851
icon follow us

Sedekah atau dengan kata lain, memberikan harta kita kepada orang miskin, adalah salah satu perbuatan yang amat disukai Allah SWT. Ia sebagai membuktikan tahap keimanan manusia dan khidmat khusus yang istimewa kepada Allah, melepaskan kepentingan diri atas nama Allah.

Fitrah manusia dicipta sebagai makhluk yang kedekut, yang mencintai harta dan kekayaan dan sentiasa berusaha menyelamatkannya. Menyerahkan sebahagian daripada harta adalah pengorbanan yang memerlukan kekuatan.

Ia bertentangan dengan keinginan semula jadi manusia. Maka, melakukannya bukanlah mudah dan Allah SWT sangat menyukai apabila melihat hamba-Nya berjaya melakukannya.

Allah SWT memerintahkan untuk tidak mengharapkan sebarang balasan atas sedekah jariah yang dilakukan. Itulah pengorbanan sejati, anda perlu berpisah dengan apa yang dimiliki untuk kebaikan dan memberikan kepada orang yang tidak dikenali dan kepada orang yang memerlukan, yang bukan saudara atau rakan anda.

Ia adalah kesempurnaan pengorbanan. Jangan mengharap balasan daripada manusia atas amalan sedekah tersebut, kerana zakat anda akan diterima oleh Allah SWT dengan penghargaan yang setimpal.

Apabila bersedekah, janganlah mengharapkan apa-apa daripada manusia, kerana Allah SWT telah menyediakan ganjaran yang setimpal untuk anda. Pertama sekali, Dia akan mengisi hati anda dengan perasaan gembira dan puas setelah anda  menunaikan zakat.

Ketenangan adalah perkara yang sangat diingini oleh ramai dan anda akan mengalaminya setelah melakukannya. Kedua, anda akan mendapat ganjaran di Syurga setiap kali anda mendermakan harta kepada orang miskin atau mereka yang memerlukan.

Sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.”

(Surah al-Baqarah, ayat 245)

Pahala sedekah seperti itu diberikan oleh Allah SWT kerana Dia menetapkannya sebagai kebajikan manusia terhadap jiran-jirannya. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Surah al-Baqarah, ayat 274)

Kebijaksanaan Allah SWT tiada  batasan. Dia telah menjadikan kedua-duanya iaitu sedekah dan zakat sebagai peruntukan keperluan kepada hamba-Nya dan peruntukan pendidikan hamba-Nya demi kebaikan Islam.

Kerana bagi para penerima amal itu ia akan meringankan kesusahan mereka secara fizikal. Bagi pemberi amal itu pula, ia akan meningkatkan kerohanian dan ketinggian jiwa anda supaya lebih dekat dengan Syurga.

Hubungan dua hala ini telah dirancang sebagai perlindungan daripada syaitan, kerana Allah SWT telah menetapkan bahawa dengan memberi bantuan untuk mengurangkan kesusahan orang lain, anda akan dapat menyelamatkan mereka dan diri anda daripada bisikan syaitan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah al-Baqarah, ayat 268)

Oleh itu, sangat penting untuk kita terus berdoa kepada Allah SWT agar dapat dikuatkan tekad untuk menunaikan zakat. Juga meningkatkan tekad untuk menahan kecenderungan semula jadi kita supaya tidak kedekut.

Sebaliknya, semoga kita dapat memberi secara sukarela dan seikhlas mungkin kepada mereka yang memerlukan. Kerana melalui pemberian ini, kita akan dibayar kembali oleh Allah SWT dengan banyak dalam kehidupan ini dan di akhirat.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Menderma harta: kebaikan kita dan penghargaan Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more