Hari Ke-18 Tragedi Oktober 2018 : Pena Hijau

Hari Ke-18 Tragedi Oktober 2018

tragedi oktober 2018
Hari Ke-17 Tragedi Oktober 2018
25 Oct 2018
tragedi oktober 2018
Hari Ke-19 Tragedi Oktober 2018
27 Oct 2018
tragedi oktober 2018
Hari Ke-17 Tragedi Oktober 2018
25 Oct 2018
tragedi oktober 2018
Hari Ke-19 Tragedi Oktober 2018
27 Oct 2018
tragedi oktober 2018
icon follow us

1152 : Pagi ni ayah dalam keadaan baik. kadang-kadang batuk sikit. Jururawat ada beritahu ayah dah boleh kunyah makanan yang lembut-lembut & minum air. Cuma ayah masih lagi dikuarantin daripada didekati pelawat.

1800 : Petang ini ayah banyak tidur.. Jiran merangkap ketua warden MRSMKT, Cikgu Mat Zainun & isteri datang dari Kuala Krai melawat ayah. Tapi ayah tengah tidur masa tu. 10 minit terakhir waktu melawat, saya beritahu ayah, Alya.. cucu ayah, ada di muka pintu. Ayah tengok dari jauh cucu ayah. Ayah sempat membalas lambaian Alya dan bagi flying kiss untuk Alya. Habis waktu melawat, Alya sedih & cakap dia rindukan Oppa…

2000 : Alhamdulillah… Aku terima panggilan daripada HUSM, Ayah dah boleh dipindahkan wad dari wad 2 Delima ke wad 2 Intan Katil 30. Dapatlah seorang waris menemani ayah sepanjang masa… Disebabkan esok cuti hujung minggu.. aku temankan ayah malam ni.

2115 : Jururawat datang untuk buat pemeriksaan. Tekanan darah ayah tinggi sedikit… 150. Ayah ada tanya macam mana ayah boleh masuk wad. Aku cakap ayah kemalangan. Ayah duk ingat dia demam panas. Malam tu, ayah minta nak ambil wudhu untuk solat Isya’. Dengan botol penyembur yang berisi air yang memang kami dah ready.. aku sembur bahagian-bahagian wudhu untuk ayah solat.

Malam ni, ayah kurang tidur. Mungkin sedang cuba untuk ingat balik apa yang terjadi.. Mungkin sebab “diganggu” nurse yang datang untuk ambil tekanan darah.

 

Jumaat
17 Safar 1440H / 26 Okt 2018

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Hari Ke-18 Tragedi Oktober 2018
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more