Tragedi Oktober 2018 : Pena Hijau

Tragedi Oktober 2018

ANE 20180814 simulasi haji
Simulasi Haji Cilik
14 Aug 2018
tragedi oktober 2018
Wad 2 Delima
10 Oct 2018
ANE 20180814 simulasi haji
Simulasi Haji Cilik
14 Aug 2018
tragedi oktober 2018
Wad 2 Delima
10 Oct 2018
tragedi oktober 2018
icon follow us

Seperti biasa aku pergi hantar Alya dan terus ke kerja lebih kurang jam 7.45 pagi. Belum sempat aku melintas jambatan paloh atau retok paloh dalam loghat kelantan, aku terjumpa resit servis kereta Inspira Ayah di tepi jalan yang ayah aku duk cari-cari. Aku ambik resit tu dan teruskan perjalananku mencari sesuap rezeki. Sampai di perkarangan pejabat, aku hantar whatsapp beritahu yang aku jumpa resit servis kereta Ayah. Ayah telefon aku minta aku simpan resit tu dulu. Aku kerja macam biasa pada pagi tu…

Jam 9.53 pagi, Mak hantar whatsapp secara personal kat aku bagitahu Mak dan Ayah baru bertolak menuju ke Kuala Kubu Baru. Mak dan Ayah dah merancang untuk ke sana secara rahsia tanpa diketahui oleh tiga orang adik-adikku di sana. Hanya aku dan adik bongsuku yang tahu rancangan ni. Ayah dan Mak merancang untuk ziarah adik-adikku, adik iparku dan anak saudaraku yang berada di Kuala Kubu Baru dan Putrajaya. Aku balas whatsapp Mak semoga selamat sampai dan selamat kembali.

Lebih kurang pukul 12.34 pm, aku dapat rasa telefon aku bergegar. Dah jadi kebiasaan aku, telefon ni memang aku buat mode silence manakala telefon satu lagi yang hanya keluarga je yang tahu, aku buat mode ringing. Aku tengok telefon aku, ada tiga panggilan misscall daripada Mak. Tiba-tiba, ada panggilan dari 121.

“Anda ada tiga mesej pesanan… Mesej satu…”

Aku dengar suara mak menangis sambil menyebut mengucap,,, “Laaa ilaaha illaahh……” mesej kedua dan ketiga pun sama…  Hati anak mana yang sanggup dengar mak dia menangis.. Aku cuba untuk call balik Mak tapi tak dapat. Aku cuba untuk kali kedua, tiba-tiba naik nama Mak memanggil. Aku angkat.. suara orang lain yang bagi salam. Tapi aku dapat dengar suara Mak menangis..

“Encik.. saya nak royak, mak ayah cik accident ni. Kat Kuala Krai. Mari slalu deh.. ayah cik tenat ni

Terus lemah semangat aku dengar perkhabaran daripada Khaty Khai (Nur Khatijah). Terima kasih kepada Khaty Khai (Nur Khatijah) yang juga merupakan seorang jururawat yang bertugas di Lembah Klang dan suaminya yang segera membantu ayah dan mak sepanjang menunggu ambulan datang. Tanpa banyak fikir, aku terus berangkat. Mula-mula aku ke tadika Alya. Ambil Alya pulang awal 15 minit. Sampai ke rumah, aku terus beritahu berita kepada adik bongsu dan isteri ku. Minta didoakan keselamatan Mak dan Ayah. Aku ambil kunci kereta untuk ke Kuala Krai.

Telefonku berbunyi lagi. Panggilan daripada Ayah Saudaraku, seorang pesara polis pangkat sarjan.

“Abe, Ayah Ngoh ni… Abe mari rumah Ayah Ngoh slalu. Kita gi skali dengan Pak Su Lah”

Aku mengiyakan je. Aku start enjin kereta dan terus memecut menuju ke Melor, rumah Ayah Ngoh. Sepanjang perjalanan, hati aku tak tenteram. Aku terus berdoa untuk kesejahteraan Mak dan Ayah. Sampai di rumah Ayah Ngoh, aku tengok Ayah Ngah dan Pak Su Lah ada dalam kereta Ayah Ngah menungguku. Aku terus naik dan duduk di tempat penumpang di belakang. Dalam perjalanan menuju ke Hospital Kuala Krai, aku hantar whatsapp kepada group keluarga, kaum kerabat yang lain, kenalan-kenalanku supaya didoakan kesejahteraan Mak dan Ayah.

Tiba di Hospital Kuala Krai, aku terus ke Unit Kecemasan. Ayah Ngoh dan Pak Su Lah ke tempat kemalangan untuk mengambil barang-barang di dalam kereta dan beg-beg yang ada di bonet kereta. Aku tengok Mak. Lebam-lebam di muka dan sakit di bahagian perut. Bertentangan dengan katil Mak, aku tengok Ayah yang tidak sedarkan diri. Mesin dan wayar penuh di tubuh Ayah. Doktor dan jururawat bertungkus lumus mencuci darah Ayah yang keluar dari hidung, mulut dan telinga Ayah.

Dari maklumat yang aku dapat, kemalangan terjadi disebabkan ada sebuah kenderaan pacuan 4 roda 4X4 Triton (katanya meletup tayar & bawa laju) dan merempuh kereta Proton Inspira yang dipandu ayah di bahagian pemandu. Berhadapan dengan stesen timbang JPJ Laloh, Kuala Krai.

    

Pukul 5 petang, doktor beritahu hasil scan di kepala Ayah, terdapat pendarahan bertekanan tinggi di dalam kepala Ayah. Doktor sarankan ayah segera ke HUSM bagi membuat pembedahan membuang dan menghentikan pendarahan di dalam kepala Ayah sebelum darah terkumpul dan menekan bahagian utama otak.

Apiq, Mira dan Aufa sampai di Hospital Kuala Krai dari Kuala Kubu Baru. Chi dan Yeh masih dalam perjalanan dari Putrajaya. Mira menangis melihat keadaan Ayah dan Mak.

Pukul 7 malam, aku menjadi pengiring Ayah di dalam ambulans bersama seorang doktor dan jururawat. Pertama kali dapat merasai pengalaman menaiki ambulan menuju ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Sampai je kat HUSM, Ayah terus dibawa ke Zon Merah, Unit Kecemasan. Setelah berbincang dengan doktor tentang pembedahan yang akan dilakukan, Ayah dibawa masuk ke bilik pembedahan sekitar jam 10.30 malam. Mak yang baru sampai dari Hospital Kuala Krai, dibawa masuk ke Wad 3 Utara. Chi jaga Mak di dalam wad. Aku pula tunggu pembedahan Ayah. Apiq dan Mira balik rumah memandangkan Aufa masih lagi kecil. Yeh, aku suruh berehat di rumah kerana seharian memandu dari Putrajaya. Adik pun aku suruh balik sebab tak tahu bila pembedahan Ayah akan selesai. Biarlah aku selaku abang yang sulung dan Chi abang kedua yang jaga Mak Ayah dulu.

Sementara menunggu pembedahan Ayah, aku membalas mesej-mesej di handphone Ayah yang bertanyakan khabar Ayah dan Mak. Pukul 2.10 pagi, pembedahan bagi membuang darah dan menghentikan darah di dalam kepala Ayah telah selesai. Ayah dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad 2 Delima, HUSM. Ayah diletakkan di bawah pemantauan Dr. Tan Yew Chin.

Selasa
29 Muharram 1440H / 09 Oktober 2018

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] Bermula hari tu, aku dan keluarga jadi pengunjung setia Wad ICU di HRPZ2. 4 tahun lepas, berlaku tragedi oktober 2018, kami sekeluarga pengunjung setia Wad ICU 2 Delima, Hospital USM, Kubang […]

Tragedi Oktober 2018
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more