Denggi oh denggi... : Pena Hijau

Denggi oh denggi…

20200801 - majlis asyraf 01
Selamat Pengantin Baru
1 Aug 2020
20200808 - wad4
Hari Keempat Di Wad 4
8 Aug 2020
20200801 - majlis asyraf 01
Selamat Pengantin Baru
1 Aug 2020
20200808 - wad4
Hari Keempat Di Wad 4
8 Aug 2020
20200806-denggi
icon follow us

Lepas balik dari rumah mertua petang Ahad baru ni, Alya nampak okay je. Sampai la malam tu, Alya start demam. Try bagi panadol dulu malam tu dan suruh dia tidur lepas tetamu balik. Malam tu jemput Asyraf & Michelle datang rumah. Adat Melayu.. bila ada keluarga baru berkahwin, memang keluarga terdekat akan jemput pasangan baru ni ke rumah..

Pagi hari Isnin, badan Alya masih panas. Jadi dia pun tak pergi sekolah hari tu. Cikgu pun dah pesan awal-awal, kalau demam or sakit.. jangan hantar anak ke sekolah. Sekarangkan musim COVID-19. Petang, lepas balik dari kerja, aku try sentuh badan Alya. masih panas. Aku suruh dia mandi nak bagi kurangkan suhu badan dia. Lepas Maghrib malam tu, Aku bawak Alya dan Ayah ke Poliklinik Al-Hafiz. Kebetulan Ayah pun demam, sejuk satu tubuh. Ayah kena cucuk 1 jarum. Alya, doktor bagi ubat demam, antibiotik dan cuti sakit 3 hari start hari Isnin sampai hari Rabu.

Pagi Selasa, nampak Alya dah okay. Panas badan dia pun dah kurang. Okay la ni. tak de ape. Demam biasa je dalam hati aku, Bini pulak berlagak… cakap Alya ni menurun dari dia… Kalau demam, cume sehari je.. tak lama.. Ceh!! Hahaha… Balik kerja petang tu, nampak Alya duk tidur atas sofa depan TV. Jarang sangat dia tidur petang-petang ni.. Kesan ubat panadol ke? Rasa badan dia pun.. panas sikit je. Makan pun dia tak berselera..

Hari ni, demam Alya masih tak baik. skejap demam.. skejap okay. Kebetulan hari ni aku cuti sebab hari ni sepatutnya ada kes di mahkamah berkaitan Tragedi Oktober 2018. Tapi peguam ada maklum semalam, perbicaraan ditunda sebab ada dokumen bahagian insurans masih pending. so mahkamah suruh settlekan semua dokumen dulu.

Alang-alang dah cuti, pagi tu dalam pukul  10 pagi, aku bawak Alya ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Sampai sana, pergi daftar , nurse suruh pergi kat bahagian Fever Clinic. Suhu Alya 36.5. Okay je suhu ni.. Lepas soal siasat dengan doktor.. doktor nak ambik sample darah. Dengar doktor nak ambik darah, Alya terus nampak lain je muka. Time nurse nak ambik darah.. terus hujan air mata.. Hahahaha… Tunggu 20 minit untuk tahu result darah. Sambil-sambil tunggu keputusan darah, ada la berbual dengan sorang budak pompuan. Orang Bunut Payong. Kena ambik darah jugak. Dia cakap 2 3 orang dah family dia kena denggi.Fuh… Mukim Kota ni memang kawasan hitam denggi ni. Doktor bahagian Fever Clinic panggil nama Alya. Okay. Alya positif denggi. Dia mintak pergi ke bahagian unit kecemasan dulu. Sampai kat unit kecemasan, Alya baring atas katil. Skali lagi, Alya kena masuk jarum kat tangan kanan untuk masuk air. Hujan skali lagi air mata.. 😛  Doktor kat unit kecemasan ambil bacaan tekanan darah Alya. 130/99. Mak aih.. betul ke? Tinggi pelik ni. Doktor maklum lagi, hasil result darah Alya memang positif denggi dan darah pekat sikit. Jadi Alya perlu dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

20200806 - alya denggi

Muka Alya lepas kena ambil darah

20200806 - alya denggi

Suka dapat baring atas katil kat Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh lepas lama menunggu result kat bahagian fever clinic. Last-last…

20200806 - alya denggi

Muka lepas masuk jarum air. Hehehe…

 

Okay. Jom masuk wad. Masuklah aku dalam ambulance menuju ke HRPZ II lebih kurang pukul 12:00 Tengahari, tinggalkan motor keseorangan kat Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Kali kedua aku naik ambulance. Cuma kali ni siren je tak berbunyi dan duk kat bahagian belakang sebelah pesakit. Kalau kali pertama dulu, dapat la merasa naik ambulance sambil siren berbunyi daripada Hospital Kuala Krai ke Hospital USM Kubang Kerian. Duduk pulak kat depan sebelah pemandu.

20200806 - alya denggi

Dalam ambulance menuju ke HRPZ II

Sampai HRPZ II, menunggu lagi dalam Unit Kecemasan. Skali lagi nurse masukkan jarum dalam tangan kiri untuk ambil darah. Kali ni, mata basah je. bagus.. makin kuat.. Tekanan darah Alya pun dah semakin okay. 105/xx (tak sure). Aku bagi kata-kata semangat. Aku cerita balik time aku masuk wad sorang-sorang masa study kat KL dulu. Mak ayah tak leh datang. Kes denggi jugak masa tu. Mujur ada kawan-kawan serumah (Lorong Kiri 2, Jalan Datuk Keramat) datang ziarah. Aku bagitau, Alya untung sebab kalau doktor nak ambik darah, cuma bukak penutup jarum kat tangan kiri tu je.. time Abi dia dulu, hari-hari kena cucuk jarum ambik darah. sampai lebam tangan.. Hahahaha…  Dapat khabar, Ayah aku pun demam lagi hari ni. Sebab dah tak ada orang, aku pun duk kat HRPZ II, terpaksa mintak tolong daripada mak saudara aku (kakak Ayah). Sepupu aku, Widad datang bawak Ayah ke klinik. Alhamdulillah Ayah tak de denggi. Tekanan darah Ayah okay. Doktor cuma tambah ubat antibiotik dan vitamin.

Lama jugak la aku menunggu kat Unit Kecemasan. Boleh tengok macam-macam ragam orang sakit… tengok kesibukan doktor-doktor, nurse-nurse… Memang hobi aku tengok gelagat orang sambil-sambil layan segala macam pertanyaan Alya. Akhirnya dalam pukul 3 lebih, baru la dapat masuk wad kanak-kanak. Settle apa yang patut, dekat pukul 4 petang, Aku bagitau Alya, aku nak balik rumah dulu, ambil baju-baju dan barang-barang yang patut untuk bawak nanti.

Booking grab terus ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh untuk ambil motor yang keseorangan dari tadi. Sampai rumah, mandi-mandi ambil baju dan apa yang patut.. Pukul 5 terus pergi HRPZ II. Tengah duk drive, ada panggilan masuk.. “Abi.. Abi duk mana” (nada sedih). Aku bagitau.. aku on da way dah… Oleh sebab aku dah letih urus Alya dari pagi tadi, giliran ibu dia la pulak temankan Alya kat HRPZ II. 😀

20200806 - alya denggi

Lepas mandi pukul 6 lebih, terus jamu chicken chop

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Denggi oh denggi…
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more