Kenali Jajahan Kota Bharu : Pena Hijau

Kenali Jajahan Kota Bharu

20190211 kelantan darul naim
Kenali Kelantan Darul Naim
11 Feb 2019
jajahan pasir mas
Kenali Jajahan Pasir Mas
17 Feb 2019
20190211 kelantan darul naim
Kenali Kelantan Darul Naim
11 Feb 2019
jajahan pasir mas
Kenali Jajahan Pasir Mas
17 Feb 2019
icon follow us
Jajahan Kota Bharu terletak di utara Kelantan, Malaysia. Jajahan Kota Bharu dikelilingi oleh enam jajahan lain iaitu Jajahan Bachok, Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Machang, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Pasir Mas dan Jajahan Tumpat.
Jajahan Kota Bharu terbahagi pula kepada 15 daerah iaitu : 
  1. Panji 
  2. Kubang Kerian 
  3. Ketereh 
  4. Bandar Kota Bharu 
  5. Kemumin 
  6. Badang 
  7. Kota 
  8. Sering 
  9. Peringat 
  10. Banggu 
  11. Kadok 
  12. Limbat 
  13. Pendek 
  14. Salor 
  15. Dewan Beta 
Mengikut sejarah, Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar “Kota Bharu” sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.
Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar dan bandar tertua di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010).
Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai “Kota Budaya” oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran “Kota Bharu Bandar Raya Islam”.
Kota Bharu juga merupakan tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.
Antara pusat membeli-belah yang ada di Kota Bharu adalah : 
  1. Pasar Siti Khadijah 
  2. KB Mall @ Pacific Hypermarket 
  3. Kota Bharu Trade Center @ Giant & Parkson 
  4. Kota Seri Mutiara @ Billion 
  5. Pantai Timur Shopping Centre 
  6. Tesco Lembah Sireh 
  7. Giant Superstore Tunjong 
  8. MYDIN Emporium 
  9. MYDIN Hypermarket Kubang Kerian 
  10. MYDIN Hypermarket Tunjong (akan dibuka) 
  11. The Store 
  12. Bazar Tok Guru 
  13. Bazar Tengku Anis 
  14. Bazar Buluh Kubu 
  15. AEON Mall Lembah Sireh 
  16. Che Siti Village Mall Tunjong (dalam perancangan) 
  17. The Galleria Retail Mall (dalam perancangan) 
  18. Lulu Hypermarket (akan dibuka) 
  19. Platinum Mall (akan datang) 
Antara keistimewaan dan tempat menarik untuk dilawati di Kota Bharu : 
  1. Masjid Muhammadi 
  2. Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian 
  3. Masjid Ar-Rahman, Pengkalan Chepa 
  4. Masjid Kampung Laut, Nilam Puri 
  5. Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat) 
  6. Istana Batu (Muzium Di Raja) 
  7. Bank Kerapu (Muzium Perang) 
  8. Kampung Kraftangan 
  9. Pasar Besar Siti Khadijah (Kaum wanita banyak berniaga di sini) 
  10. Kota Sultan Ismail Petra 
  11. Pasar Malam Wakaf Che Yeh 
  12. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 
  13. Bazar Tok Guru 
  14. Bazar Buluh Kubu 
  15. Muzium Negeri Kelantan 
  16. Menara Jam Tambatan Di Raja 
  17. Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan) 
  18. Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan) 
  19. Taman Perbandaran Tengku Anis 
  20. Taman Air Splash 
  21. Pantai Cahaya Bulan
  22. Pasar Tani Terapung, Pengkalan Datu
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

3 Comments

  1. […] video Tazkirah Ramadhan 1443H di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng, Kota Bharu untuk tontonan yang sempat dirakam. Semoga bermanfaat untuk […]

  2. […] video Tazkirah Ramadhan 1443H di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng, Kota Bharu untuk tontonan yang sempat dirakam. Semoga bermanfaat untuk […]

  3. […] dari 21 Februari hingga 08 Mac 2020 di Menara Jam Tambatan DiRaja (Bersebelahan Hotel Ridel), Kota Bharu, Kelantan. Tiket masuk hanya RM10 seorang. Percuma kepada kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah. […]

Kenali Jajahan Kota Bharu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more