Diet Berasid VS Diet Beralkali : Pena Hijau

Diet Berasid VS Diet Beralkali

Makanan Berasid Dan Beralkali Di Dalam Keajaiban Diet pH
21 Mar 2019
Dapatkan Lebih Alkali Dalam Diet Harian Anda
23 Mar 2019
Sistem dalaman badan kita memerlukan pH yang melebihi 7.0 supaya mekanisme imunologi, enzim dan pembaikan kita berfungsi dengan sebaik mungkin.
Jika badan kita menjadi lebih berasid, iaitu di bawah pH 7, anda mungkin akan mengalami kombinasi simptom ini;
  • Tenaga yang rendah, keletihan
  • Hidung tersumbat
  • Kegatalan
  • Kesakitan Otot
  • Kulit kering, rambut kering
  • Demam, selesema dan jangkitan yang kerap
  • Sakit kepala
Jika anda mempunyai simptom ini dan makan makanan yang menggalakkan asid di dalam badan, anda mungkin perlu mengimbanginya dengan diet beralkali.
Apakah makanan yang menyebabkan asid di dalam badan?
Terdapat banyak makanan yang boleh menyebabkan badan menjadi lebih berasid: pengganti susu dan tenusu, daging haiwan, kebanyakan bijirin, kacang kuda, perasa, coklat, kacang, alkohol dan beberapa jenis makanan lain.
Untuk mengimbangi pH anda, ianya sangat mudah dan logik; ambil lebih banyak makanan beralkali dalam pemakanan anda.
Contoh makanan yang beralkali seperti tembikai, limau, mangga, kebanyakan sayuran, jus sayuran, badam, pucuk, avokado dan teh hijau.
Apabila badan anda menjadi lebih beralkali, perubahan yang akan berlaku benar-benar luar biasa!
Manfaat mengambil lebih makan beralkali adalah :
  • Kehilangan berat badan yang cepat
  • Peningkatan tenaga
  • Tidur yang berkualiti
  • Keadaan kulit dan rambut yang bertambah baik
  • Sikap & mental yang lebih baik

Adakah faedah-faedah ini patut dikekalkan?
Ya! Pengambilan lebih makanan beralkali patut dikekalkan. Sebenarnya, tidak sukar untuk perlahan-lahan menukarkan badan anda lebih beralkali. Ambil lebih makanan beralkali untuk satu hari dan cuba untuk menambah sedikit demi sedikit makanan hijau dalam diet harian anda, Kurangkan jumlah cawan kopi atau air manis setiap hari dan anda akan segera merasai manfaatnya.
Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ