Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
penyuntingan foto
Mungkin ramai di antara kita mempunyai hobi suka mengambil gambar sama ada gambar-gambar swafoto, pemandangan menarik atau pun gambar-gambar semasa melancong. Gambar-gambar yang diambil sudah pasti akan dikongsi ke dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.
Ada yang terus memuat naik gambar-gambar tersebut ke media sosial dan ada pula yang suka mengedit dahulu gambar-gambar tersebut agar nampak lebih cantik dan menarik sebelum dimuat naik ke media sosial. Bagi mereka yang suka mengedit gambar, berikut adalah aplikasi android terbaik yang boleh digunakan.
Aplikasi penyuntingan foto android ini boleh dimuat turun secara percuma tanpa iklan dan mempunyai ciri kongsi dimana anda boleh berkongsi suntingan foto anda ke media sosial.
Klik untuk muat turun aplikasi Adobe Photoshop Express.
Dalam aplikasi ini juga disediakan pelbagai keperluan untuk mengedit foto anda daripada crop, resize, tona warna dan banyak lagi. Aplikasi ini juga mempunyai pelbagai ciri yang boleh anda gunakan seperti kolaj, gambar, bingkai, pelekat dan lain-lain.
Klik untuk muat turun aplikasi PicsArt Photo Editor.
Klik untuk muat turun aplikasi Candy Camera.
Di samping itu, aplikasi ini boleh digunakan sebagai kamera dan anda juga boleh memilih penapis mengikut kehendak anda. Dengan cara itu, anda tidak perlu lagi mengedit foto untuk dimuat naik ke dalam media sosial anda.
Klik untuk muat turun aplikasi Camera 360.
Aplikasi ini mempunyai banyak ciri menarik seperti mempunyai banyak presets untuk menukar gaya foto anda, boleh mengedit sesuka hati sehingga anda menemui warna yang sesuai, mempunyai penggredan warna dan juga pembetulan warna, paparan UI sangat selesa, dapat digunakan pada telefon pintar yang mempunyai RAM yang rendah dan banyak lagi.
Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh memuat turun aplikasi Adobe Lightroom secara percuma di PlayStore. Bukan itu sahaja, aplikasi ini tidak mengandungi iklan yang tidak mengganggu anda semasa mengedit.
Aplikasi-aplikasi di atas adalah beberapa aplikasi penyuntingan foto android terbaik dan percuma yang boleh anda gunakan. Anda boleh mengedit foto anda terlebih dahulu sebelum memuat naiknya ke media sosial supaya anda boleh mendapatkan banyak pengikut disebabkan foto-foto anda yang menarik dan cantik.
Semoga artikel berkenaa aplikasi penyuntingan foto untuk android ini berguna untuk pembaca. Jangan lupa untuk share, komen dan like artikel ini sekiranya bermanfaat untuk semua.
1 Comment
apps snapseed tidak tersenarai. sian kat dia. hehe