Piring ASTRO Menghala Ke Arah Kiblat? : Pena Hijau

Piring ASTRO Menghala Ke Arah Kiblat?

ibadah puasa
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
24 Apr 2020
kaedah penentuan arah kiblat
Penentuan Arah Kiblat
2 May 2020
ibadah puasa
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
24 Apr 2020
kaedah penentuan arah kiblat
Penentuan Arah Kiblat
2 May 2020
istiwa' adzam

istiwa' adzam

icon follow us

Isu ini penting untuk dijelaskan kepada masyarakat disebabkan masih ramai yang beranggapan bahawa piring astro itu menghala ke arah kiblat. Benarkah piring ASTRO menghala ke arah kiblat?

TIDAK BENAR!

Jika kita menjadikan arah piring ASTRO sebagai petunjuk arah kiblat, maka akan berlaku ralat yang sangat besar. Arah kiblat kita akan terpesong berpuluh-puluh darjah dari arah sebenar.

Kenapa?

Untuk pengetahuan, piring ASTRO yang menghala ke arah barat itu menghadap satelit MEASAT yang terletak di orbit geopegun di atas lautan Hindi. Kedudukannya berada di atas khatulistiwa iaitu latitud 0° dan longitud 91.5° Timur. Manakala kedudukan kaabah iaitu kiblat kita pula adalah Latitud 21.4225° Utara, Longitud 39.8262° Timur.

Azimut satelit MEASAT dari lokasi di Malaysia dalam lingkungan 232° sehingga 268° manakala azimut arah Kiblat dari lokasi di Malaysia pula dalam lingkungan 290° sehingga 293°.

Jelas di sini menunjukkan perbezaan sudut yang ketara antara azimut satelit MEASAT dan azimut arah kiblat. Tiada satu pun piring ASTRO di Malaysia yang menghala ke arah kiblat.

Sebagai contoh :

Pulau Langkawi.
Azimut Satelit MEASAT : 232°
Azimut arah kiblat : 291°
Ada perbezaan sudut sekitar 59°.

Arah kiblat akan terpesong jauh dari arah sebenar jika menjadikan piring astro sebagai petunjuk arah kiblat.

Adakah cara lain yang lebih tepat untuk mencari arah Kiblat?

Terdapat pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk mencari arah kiblat. Antaranya adalah, kita boleh menggunakan kaedah dengan melihat bayangan yang terhasil di kawasan masing-masing semasa Istiwa’ Adzam di kaabah berlaku.

Istiwa’ Adzam di kaabah merupakan satu peristiwa apabila matahari berada tegak di atas kaabah sehingga bayangan kaabah tidak akan kelihatan ketika itu. Ketika kedudukan matahari berada di atas kaabah, arah bertentangan dengan bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.

Setahun Hanya 2 kali

istiwa' adzam

Umum mengetahui, kita tidak akan melihat matahari berada di lokasi sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi bumi semasa mengelilingi matahari. Kita di bumi akan melihat matahari kadang “bergerak” ke arah utara dan kadang kelihatan “bergerak” ke arah selatan.

Begitu juga dengan peristiwa istiwa’ adzam, ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di bumi.

Dalam setahun hanya dua kali sahaja matahari berada tegak di atas kaabah iaitu pada :

  1. 28 Mei (* 27 Mei pada tahun lompat)
    Waktu : 5.16 pm
  2. 16 Julai (* 15 Julai pada tahun lompat)
    Waktu : 5.28 pm

Cara-cara Menyemak Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Istiwa’ Adzam

  1. Semak waktu yang digunakan. Pastikan waktu yang tertera pada jam atau sebagainya mengikut waktu piawai (contoh : waktu yang tertera pada TV)
  2. Berada di kawasan lapang
  3. Pastikan cahaya matahari kelihatan
  4. Cari objek lurus seperti kayu atau sebagainya
  5. Pacakkan objek lurus tersebut di atas permukaan rata
  6. Pastikan bayang objek lurus yang terhasil boleh kelihatan dengan jelas
  7. Tunggu waktu istiwa’ adzam bermula
  8. Ketika istiwa’ adzam berlaku, buat satu garisan bertentangan dengan bayang yang dihasilkan objek lurus tadi
  9. Garis bertentangan yang dibuat merupakan arah kiblat.

istiwa' adzam

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Piring ASTRO Menghala Ke Arah Kiblat?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more