Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 2020
8 Mar 2020Jawatan Kosong dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan
19 Aug 2020Dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:
- PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41
- PENGGAWA GRED NP29
TARAF PERKHIDMATAN : TETAP
Syarat-syarat kelayakan permohonan bagi setiap jawatan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di sini.
CARA MEMOHON :
- Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan ini https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
- Sila rujuk PANDUAN PENGGUNA bagi membuat permohonan ini.
TARIKH PERMOHONAN :
30 Jun 2020 hingga 13 Julai 2020 (Isnin).
UMUR
- Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.
CATATAN AM :
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Semakan Melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan serta emel. Tiada surat akan dihantar.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian : 09-7485089. (Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)