Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Kita sering mendengar istilah introvert, extrovert dan ambivert iaitu terma yang mengkhusus kepada personaliti seseorang, namun berapa ramai yang tahu akan maksud introvert, extrovert dan ambivert ini. Istilah ini dipopularkan oleh pakar psikologi terkenal dari Switzerland iaitu Carl Gustav Jung. Carl menjelaskan, analisa psikologi dilakukan dengan meneliti sifat individual sejumlah individu untuk melihat perbezaan karakter introvert, extrovert dan ambivert.
Pada dasarnya setiap individu memiliki sisi introvert dan extrovert, tinggal lagi yang mana satukah lebih dominan untuk digambarkan sebagai identiti seseorang. Selain introvert dan extrovert, terdapat satu lagi personaliti iaitu ambivert yang memiliki gabungan kedua-dua ciri tadi.
Jom kenali introvert, extrovert dan ambivert, lengkap dengan ciri-cirinya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Introvert boleh didefinasikan sebagai orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. Introvert merupakan sikap atau karakter seseorang yang memiliki orientasi subjektif secara mental dalam menjalani kehidupannya.
Keperibadian introvert cenderung menyukai situasi yang tenang, suka menyendiri, biasa terkesan dengan apa yang mereka lakukan. Mereka memiliki kecenderungan untuk menjauhi interaksi kelompok baru.
Individu dengan personaliti introvert sangat senang untuk melakukan aktiviti secara berpasangan dan antara kegiatan yang memenuhi minat mereka adalah seperti menulis, membaca, analisis komputer, menonton filem dan memancing.
Kebanyakan seniman, komposer lagu, penulis novel atau pereka bentuk memiliki keperibadian introvert. Mereka lebih suka menikmati waktu yang dihabiskan sendirian kerana keadaan sebegitu lebih membuatkan mereka selesa.
Selain itu, introvert juga memiliki kemampuan yang sangat baik dalam melakukan analisis hal-hal yang rumit. Mereka lebih mudah memberi tumpuan dan menemukan punca masalah.
Ciri-ciri khas introvert
Sifat extrovert adalah berlawanan dengan introvert. Jika introvert lebih senang menyendiri, extrovert pula lebih menyukai lingkungan yang interaktif. Mereka bukan sahaja bersemangat tetapi juga cukup berskil dalam pergaulan dan suka mencuba perkara baharu.
Ini kerana seorang extrovert secara luaran mempunyai personaliti yang kuat dan menyenangkan selain pandai membawa diri ketika berhadapan dengan khalayak. Bagi mereka, aktiviti sosial, berinteraksi dengan orang lain, berkongsi informasi dengan orang ramai dan membuat kawan baharu adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Golongan ini mudah merasakan bosan sekiranya bersendirian. Ciri khas extrovert, suka mendominasi perbualan, menjadi perancang majlis dan mengetuai sesuatu kumpulan.
Seorang extrovert cenderung menjadi lebih bersemangat untuk melakukan banyak hal jika mereka berada di lingkungan yang interaktif. Seorang extrovert biasanya adalah seorang ice breaker atau pencair suasana.
Mereka yang extrovert biasanya mudah menyesuaikan diri dan bekerja sama dengan baik dalam sebuah komuniti atau organisasi sosial.
Seorang extrovert akan terlihat lebih energik dan memiliki karakteristik yang lebih terbuka. Seorang Extrovert juga memiliki kelebihan dalam berinteraksi yang terkesan cenderung impulsif atau mudah mesra.
Oleh kerana itu, orang-orang extrovert menyukai aktiviti spontan dan lebih mudah melakukan interaksi dengan dunia luar.
Ciri-ciri khas extrovert
Ambivert, adalah ciri keperibadian kombinasi antara introvert dan extrovert. Umumnya seorang ambivert lebih cenderung mendominasi daripada kelemahan introvert dan extrovert. Namun seiring bertambahnya usia dan semakin luas pengalamannya seorang ambivert mampu mengendalikan potensi dan kelebihan yang ada pada diri mereka.
Ini adalah sesuatu hal yang biasa sebenarnya kepada sesiapa pun. Pengalaman itu adalah sebuah proses yang mematangkan.
Ambivert mempunyai kualiti si ekstrovert. Tapi juga memiliki ciri-ciri introvert. Kadang-kadang dia menjadi si ekstrovert yang senang sosialisasi dan pada ketika lain pula menjadi si introvert yang suka dengan privasi.
Ciri-ciri khas seseorang ambivert
Sumber Foto : NSTP/MUHAMMAD MUCTAR
2 Comments
[…] tokoh yang mempunyai sifat introvert. Jangan […]
[…] Mengenal pasti seseorang itu Introvert yang mana satu itu penting, supaya kita tak terjerumus pada stereotaip Introvert. Kerana bukan semua Introvert itu pendiam, Bukan semua Introvert itu pemalu. Bukan semua Introvert itu suka bersendirian. Adakah anda seorang introvert, extrovert atau ambivert? […]