Jom Petrosains, The Discovery Centre : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Jom Petrosains, The Discovery Centre

20200711 - travellog klcc part 1
Jalan-Jalan KLCC
11 Jul 2020
20200721 - temuduga spa
Selamat Menjalani Temuduga
21 Jul 2020
20200712 - petrosains

Sebab tak dapat nak masuk Petrosains semalam, Alya ajak pergi lagi KLCC hari ni. Petang semalam dah siap-siap booking tiket masuk ke Petrosains, The Discovery Centre melalui Traveloka.

20200712 - myfamily 01

Budak happy nak dating dengan Abi dia

Kalau ikut harga masuk di laman web Petrosains

Malaysian Non Malaysian
Child (3-12 Years) RM7.50 RM16.50
Child (Below 3 Years) Free Admission
Adult (13-60 Years) RM18.50 RM28.00
Senior Citizen(61 Years & above) RM9.00 RM14.00

Tapi bile booking online melalui Traveloka ni.. dapat la diskaun sikit. Child jadi RM7.00 dan Adult RM16.46. Total aku bayar RM23.46 je. Jimat la RM2.54. Wajib bawa MyKad/MyKid ye. Nanti time masuk staf sana akan mintak untuk sahkan warganegara atau bukan warganegara.

Sampai di Petrosains dalam pukul 11 pagi. Orang dah ramai beratur.. Oh ye.. bila keluar dari lif depan Petrosains tu, ada dua barisan. Barisan sebelah kanan tu untuk mereka yang datang secara walk in. Barisan sebelah kiri tu untuk mereka yang buat tempahan secara online. Yang beratur kat walk in tu memang ramai la..panjang barisan. Yang buat tempahan online cuma beberapa orang je. Lepas tunjuk tiket online dalam aplikasi Traveloka, terus kakitangan Petronas bagi masuk. Macam mana-mana premis lain, nak masuk akan diimbas suhu dan jaga jarak. Ni gambar-gambar sekitar Petrosains.

 

Selesai meneroka Petrosains.. terus balik. Masing-masing dah lenguh kaki sebab banyak berjalan selama dua hari ni. Petang tu segerombolan Keluarga Cik Ngoh dan Mak Do ke rumah. Kebetulan Cik Ngoh dan Mak Do datang bercuti makan angin sambil-sambil ziarah Nurul. Ma pun ada makan angin kat sini duk kat rumah Badri. Tapi tak dapat datang ke rumah. Apalagi.. terus acara makan durian dan cempedak goreng. Yang tak makan durian.. tak makan cempedak.. tengok je la. HaHaHaHa..

20200712 - myfamily 10

Dapur pun dapur la…

Malam pulak.. kami jalan-jalan sekitar Dataran Putrajaya. Adik aku, Zarif tak ikut. Zaim dah pun balik Kelantan pukul 6 petang tadi. So Aku la yang drive sambil Chi yang jadi Waze tunjuk jalan. Walaupun kaki ni dah lenguh sebab kuat berjalan dua hari ni.. tapi On jer.. Meriah jugak orang kat Dataran Putrajaya. Siap joging, berbasikal, bersenam… datang dalam fikiran.. elok ke bersenam waktu malam ni? baik untuk kesihatan ke?

20200712 - myfamily 08Alya tak masuk gambar sebab tengah moody. Mengantuk & dah letih berjalan
20200712 - myfamily 09Pintu Syurga dan Kunci Syurga kami adik beradik…
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply