Selamat Menjalani Temuduga : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Selamat Menjalani Temuduga

20200712 - petrosains
Jom Petrosains, The Discovery Centre
12 Jul 2020
20200801 - majlis asyraf 01
Selamat Pengantin Baru
1 Aug 2020
20200721 - temuduga spa

Selamat menjalani temuduga SPA untuk jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 buat adik bongsu, Zaim.

Moga berjaya. Jaga penampilan diri, First impressions tu. Kemas, bertali leher, berkasut hitam. Kecek biar yakin, lancar. Kalu ditanya sanggup ke hantar ke mana-mana, jawab ya je. HaHaHaHa…

Teringat satu ketika dulu, masa ambo kena interview SPA dalam tahun 2008/2009 (kalau x silap). Masa tu temuduga SPA dibuat kat JKR Kelantan. Macam biasa, ambo tak de la takut sangat interview ni sebab dah biasa sangat. Dah banyak kali kena interview dulu. Jadi perasaan takut, gementar tu dah berkurang. So tips pertama untuk adik-adik yang baru nak menempuh alam pekerjaan ni, kalau ada terima peluang temuduga kat mana-mana.. tak kira la interview kerajaan or swasta, pergi je. Untuk melatih diri kita supaya biasa berdepan situasi ni. Last-last, Insha Allah kita akan berani nak interview dan yakin diri nanti.

Kembali cerita tadi.. Masa di interview tu, sambil-sambil panel penemuduga bertanyakan soalan.. tengok-tengok sijil.. tengok resume.. Selesai temuduga.. seorang panel penemuduga tanya.. “Ada surat tawaran biasiswa JPA?”

Alamak! Dalam hati aku. Mana la aku nak cari dokumen tu. Entah simpan kat mana. Maklum la sekitar tahun 2003/2004, keluarga aku pindah dari Pasir Mas ke Kota Bharu.

Panel penemuduga sambung lagi, “Awak balik dulu. Cari surat tu. Kalau awak jumpa surat tawaran, datang sini balik tunjuk surat tu. Saya bagi lulus terus temuduga ni”

Terus aku cari surat tawaran biasiswa tu kat rumah. Try ingat balik letak kat mana. Tapi tak jumpa-jumpa. Aku langsung tak terlintas nak telefon pihak JPA masa tu. Rezeki tak ada masa tu. So tips kedua, Sijil-sijil dan segala dokumen penting, simpan elok-elok kat satu tempat agar senang cari bila diperlukan nanti.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply