Peka dan prihatin dengan masa : Pena Hijau
Jubah gaya kontemporari
11 Jul 2020
Air dicencang tiada putus
14 Jul 2020
Jubah gaya kontemporari
11 Jul 2020
Air dicencang tiada putus
14 Jul 2020
icon follow us

Firman Allah SWT dalam surah Al-Asr, ayat 1-3: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Masa merupakan sumber harta yang paling berharga. Kehilangan harta benda masih boleh diganti. Hilang masa sudah tentu tidak boleh diganti semula. Masa yang makin berlalu bermakna kehidupan kita di duni ajuga sudah semakin singkat.

Masa terbahagi kepada tiga iaitu masa yang telah berlalu, masa kini dan masa yang akan datang. Masa yang telah berlalu biarlah menjadi sejarah dan kenangan serta pengajaran berguna buat kita. Masa kini pula perlu dihadapai dengan penuh ketabahan. Masa depan adalah impian untuk dikecapi.

Setiap orang mendapat peruntukan masa 24 jam sehari semalam. Masa adalah amanah Allah SWT yang penting. Oleh itu, manfaatkannya dengan pelbagai perkara yang berguna.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr, ayat 18: ”Wahai orang-orang yang beriman, buatlah perhitungan untuk merentasi hari esok (akhirat). Dan bertakwalah kamu kepada Allah dan ingatlah sesungguhnya Allah akan memperhitungkan segala yang kamu kerjakan.”

Kepentingan masa dalam kehidupan Islam juga memang tidak dapat dinafikan. Sebahagian besar amal ibadat umat Islam berkaitan dengan masa. Solat fardu dan sunat telah ditetapkan waktu-waktunya. Begitu juga dengan ibadah puasa, korban serta haji dan umrah.

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa yang lain. Masa mhidupmu sebelum matimu. Masa sihatmu sebelum sakitmu. Masa lapangmu sebelum sibukmu. Masa mudamu sebelum tuamu. Masa kayamu sebelum miskinmu.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Zaman teknologi ini dengan kehadiran pelbagai gajet yang canggih telah menyebabkan pengurusan masa kebanyakan individu berkecamuk. Teknologi terbaru seperti telefon pintar banyak melalaikan dan membuang masa pengguna. Sekiranya pengurusan masa tidak dijaga sebaiknya, maka pelbagai perkara negatif boleh berlaku dan antaranya ialah:

Oleh itu, pengurusan masa yang berhemah perlulah dipraktikkan. Disiplin dan pengurusan masa yang efektif harus diterapkan di dalam diri anak-anak sewaktu mereka masih kecil. Ibu bapa perlu memberikan contoh mengurus masa dengan baik kepada anak-anak.

Maksud surah al-Asr yang telah dikongsikan pada awal artikel ini mengajar kita untuk peka dan prihatin dengan masa agar kita mengisinya dengan sebaik mungkin. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Aamin.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Peka dan prihatin dengan masa
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more