Selamat Pengantin Baru : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Selamat Pengantin Baru

20200721 - temuduga spa
Selamat Menjalani Temuduga
21 Jul 2020
20200806-denggi
Denggi oh denggi…
5 Aug 2020
20200801 - majlis asyraf 01

Nak dijadikan cerita, selama ni aku jarang pun guna stereng lock ni bila balik rumah mertua. Entah macam mana, lepas balik solat Jumaat kat masjid area rumah mertua petang 31 Julai  tu, aku tergerak hati nk pasang stereng lock. Apa lagi.. pagi tadi baru tahu kunci stereng lock dah tak de kat kunci kereta. Glenya sangat nak pasang stereng lock. Hahaha.. So terpaksa la pinjam kereta kakak ipar.

20200801 - stereng lock 01

Stereng lock

Sampai kat rumah… try cari merata tempat.. dalam bilik tidur.. tak jumpa. kat tempat simpan segala kunci kat ruang tamu.. tak jumpa.. kat tempat workstation/tempat belajar.. tak ada jugak… memang dah takde harapan…. Huhuhu.. Ahhh lupakan kejap pasal kunci tu..

Tengahari tu aku sekeluarga dan mak ayah terus pegi ke Dewan Wawa kat Wakaf Mek Zainab. Depan Sekolah Chung Hwa. Adik aku, Chi awal-awal lagi dah pergi sana. Biasa lah.. jurugambar keluarga. 😀 . Hadir Majlis Perkahwinan sepupu aku Asyraf dengan pasangan dia Michelle. Sorang lagi keturunan Wan Ismail di Kutan, Pasir Pekan melangsungkan perkahwinan…

20200801 - majlis asyraf 02

Kunci-kunci syurgaku

20200801 - majlis asyraf 03

Aih.. Alya mata sting.. silau katanya

20200801 - majlis asyraf 04

Permata hatiku

20200801 - majlis asyraf 05

Kakak & adik

20200801 - majlis asyraf 06

Bersama pengantin

20200801 - majlis asyraf 06-1

Santapan pengantin

20200801 - majlis asyraf 07

Anak cucu cicit Wan Ismail

20200801 - majlis asyraf 08

Anak cucu cicit Wan Ismail

20200801 - majlis asyraf 09

Anak cucu cicit Wan Ismail

20200801 - majlis asyraf 10

Cucu-cucu Wan Ismail

20200801 - majlis asyraf 11

Tok sdara pun datang jugak… Abe Mus & isteri

20200801 - majlis asyraf 12

Letih Alya… On the way balik hantar Oma Opa

 

Selamat Melayari Bahtera Rumah Tangga dan Tahniah Buat sepupu, Asyraf dan pasangan, Michelle. Semoga hingga ke Jannah hendaknya.

Lepas ni giliran cucu cicit Wan Ismail hok mana pulok?

 

Lepas hantar mak ayah, terus balik rumah mertua bermalam kat sana sebab ada makan gulai sepupu sebelah isteri aku. Petang tu mula operasi mencanai stereng lock tu… hasilnye… jeng jeng jeng…

20200801 - stereng lock 02

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply