Bagaimana Mematikan Bunyi Notifikasi Aplikasi Shopee? : Pena Hijau

Bagaimana Mematikan Bunyi Notifikasi Aplikasi Shopee?

Berhati Hati
Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu?
21 Nov 2020
Sarawak Merancang Menyediakan Syarikat Telekomunikasi Tersendiri Dalam Masa Dua Tahun
25 Nov 2020
Berhati Hati
Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu?
21 Nov 2020
Sarawak Merancang Menyediakan Syarikat Telekomunikasi Tersendiri Dalam Masa Dua Tahun
25 Nov 2020
Shopee
icon follow us

Shopee merupakan salah satu perkhidmatan edagang yang popular di Malaysia, dan turut menawarkan aplikasi mudah-alih untuk pengguna Android dan iPhone bersama sejumlah ciri-ciri tambahan melaluinya seperti Shopee Story.

Apa pun, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai adalah bunyi notifikasi yang sering hadir melalui aplikasi berkenaan. Perkara ini mungkin sedikit menganggu, dan kurang digemari pengguna.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh mematikan ciri notifikasi berbunyi ini terus melalui aplikasi berkenaan.

Anda hanya perlu ke halaman Profil, dan memilih butang Tetapan. Seterusnya pilih Tetapan Notifikasi, pilih Notifikasi Push, dan matikan pilihan Bunyi Notifikasi.

Untuk pengguna Android juga, anda turut boleh memilih bunyi yang berbeza, termasuk antaranya adalah bunyi “Ayam”, “Wisel” dan lain-lain.

Untuk pengguna iPhone pula, anda boleh ke halaman Me, dan tekan pada butang Settings. Seterusnya klik pada Notification Settings, dan pada bahagian Push Notifications, matikan ciri notifikasi berkenaan.

Dengan langkah ini, anda tidak lagi akan melihat notifikasi daripada Shopee, dan secara tidak langsung akan mengurangkan perbelanjaan anda.

Sumber : Amanz.my

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Bagaimana Mematikan Bunyi Notifikasi Aplikasi Shopee?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more