Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah : Pena Hijau

Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah

Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ni!
Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ni!
24 Nov 2020
20201128 kota pompeii itali
Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii
28 Nov 2020
Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ni!
Dah Berusia 40an? Perlahankan Urusan Duniawi, Fokus Akhirat. Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ni!
24 Nov 2020
20201128 kota pompeii itali
Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii
28 Nov 2020
20230908 taubat istiqamah solat
icon follow us

Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah | Perkongsian hadith tentang Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah. Jom baca.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Daripada Abu Hurairah RA berkata, “Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: “Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap Ku. Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati Ku. Apabila mereka mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila mereka mengingati-Ku dalam perkumpulan mereka, maka Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Demi sekiranya mereka mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa.  Sekiranya mereka mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam keadaan berlari (segera).”

(HR Bukhari No: 6856) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith :

  1. Allah bersikap seperti sikap hamba terhadapNya. Jika seseorang mengingati Allah dalam dirinya, berzikir dalam hatinya, dan menganggap Allah sentiasa mengingatinya sama ada ketika dia bersendiri atau bersama orang lain, nescaya Allah akan sentiasa mengingati hambaNya.
  2. Seseorang yang memuji Allah dengan bersyukur, sentiasa berdoa, bertaubat dan menjaga keimanan di khalayak ramai, pasti Allah akan mengingati dan memujinya di khalayak yang lebih baik dan utama.
  3. Seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat dan amal sollehnya dengan jarak sejengkal atau sehasta, Allah akan mendekatinya lebih dekat daripada itu. Jika seorang hamba itu mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah akan mendatanginya dengan berlari.
  4. Setiap amalan seseorang yang baik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah akan menggandakan balasan baik kepadanya.

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ ١٥٢

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) –Ku”

(Al-Baqarah : 152)

Marilah kita bersama-sama bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan zikrullah dan ibadat kepadaNya.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more