Hidup bersama virus COVID-19: lambang adaptasi manusia : Pena Hijau

Hidup bersama virus COVID-19: lambang adaptasi manusia

dreamstime_s_130678340
Pekerjaan dalam Islam: mencari reda Allah SWT
17 Nov 2020
Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu.
Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu.
19 Nov 2020
dreamstime_s_130678340
Pekerjaan dalam Islam: mencari reda Allah SWT
17 Nov 2020
Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu.
Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu.
19 Nov 2020
labo médo
icon follow us

Hari ini genaplah setahun umat manusia hidup bersama virus COVID-19, yang direkodkan kehadirannya pada kali pertama di China pada 17 November 2019. Tidak keterlaluan jika dikatakan, kehadiran wabak ini merupakan ancaman umat manusia terbesar yang direkodkan sepanjang zaman. Ini adalah kerana sudah banyak kemudaratan yang disebabkannya walaupun baru setahun ia bertapak.

Kehadirannya wabak ini sudah pun menyerang manusia dalam gelombang ketiga. Kini, ia berisiko untuk hadir dalam gelombang keempat sekiranya para ilmuwan dan cendikiawan perubatan yang menjadi harapan terakhir umat manusia, masih belum menjumpai vaksin yang berkesan secara 100%.

Sungguh pun begitu, meskipun wabak ini masih mampu mengganas dalam setiap halaman kehidupan manusia sebagai antagonis mereka, kita sudah mampu beradaptasi dan menjalani kehidupan seperti biasa walaupun ada norma baharu yang perlu dibiasakan.

Manusia bukanlah satu-satunya makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT, dan juga bukanlah makhluk terawal yang diciptakan oleh-Nya. Manusia diciptakan daripada tanah, berbeza daripada jin dan syaitan yang diciptakan daripada api dan malaikat yang diciptakan daripada cahaya.

Secara logiknya, unsur api dan cahaya tampak lebih gah dan gagah daripada unsur tanah. Sebagaimana yang dipotretkan dalam filem atau anime Jepun, di mana unsur tanah kebiasaannya tampak lemah dan tidak bergaya berbanding unsur api dan cahaya tadi.

Perkara inilah yang melahirkan rasa bongkak Iblis yang tidak mahu bersujud sebagai tanda hormat kepada Nabi Adam a.s. Kerana iblis diciptakan daripada api dan Baginda diciptakan daripada tanah.

Walau bagaimanapun, Allah SWT berfirman dalam surah at-Tin, ayat 4:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Dalil ini membuktikan bahawa meskipun manusia diciptakan daripada tanah, namun terdapat beberapa keistimewaan pada diri manusia pada zahir dan batin manusia, dan kemahiran adaptasi merupakan sebahagian antara keistimewaan tersebut.

Evolusi manusia berkembang dari kurun ke kurun sehingga hari ini. Manusia hidup merata di seluruh pelusuk alam tanpa mengira panas, sejuk, daratan mahupun lautan. Kesemuanya ialah hasil daripada adaptasi manusia yang mampu menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila umat manusia mampu untuk hidup bersama wabak ini, meskipun ada di kalangan mereka yang kembali menemui pencipta mereka. Kemahiran adaptasi yang sedia ada pada alami manusia telah pun mencipta norma baharu. Sehingga hari ini manusia perlahan-lahan berjaya menyesuaikan diri mereka dengannya.

Manusia sememangnya diciptakan oleh Allah SWT untuk menghadapi pancaroba dan ranjau kehidupan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Balad, ayat 4:

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);”

Walau bagaimanapun, kasihnya Allah SWT kepada manusia terbukti apabila wujudnya kemahiran adaptasi dan semangat juang dalam diri mereka. Sehingga manusia berjaya hidup dalam fitrah mereka yang sentiasa dipenuhi cabaran, yang kadangkalanya mematikan mereka.

Samalah seperti sekarang di zaman COVID-19. Kita terpaksa berkurung dan majoriti pusat ekonomi dan sosial manusia seperti pasaraya, sekolah malah rumah ibadat ditutup dek penularan wabak ini. Kini kita sudah mampu hidup seperti biasa walaupun dalam batasan dan had yang tertetapkan.

Hakikatnya, obor harapan manusia untuk berjaya bebas daripada keganasan virus COVID-19 masih lagi menyala. Semuanya ini kerana rahmat Allah SWT kepada makhluk-Nya, dengan mengurniakan kemahiran adaptasi kepada manusia.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] sebab COVID-19.. faham-faham je la SOP dia macam mana. Nak ke tak nak ke.. hari ini memang kita hidup bersama virus COVID-19. So, aku tawakal je la kepada Allah. Ajal maut di tangan […]

Hidup bersama virus COVID-19: lambang adaptasi manusia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more