Pengalaman divaksin Covid19 : Pena Hijau

Pengalaman divaksin Covid19

salam lebaran
Salam Lebaran 1442
12 May 2021
terima kasih
Terima Kasih 29082021
29 Aug 2021
salam lebaran
Salam Lebaran 1442
12 May 2021
terima kasih
Terima Kasih 29082021
29 Aug 2021
20210601-vaksin-covid19-01
icon follow us

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari ke-3 divaksin COVID19 sejak 30 Mei 2021. Setakat hari ni, takda simptom macam demam, bengkak/merah kat tempat injection, takde pun sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, lemah tubuh badan, loya atau ruam.. Cuma hari pertama tu je.. lepas kena cucuk, terasa lenguh sikit tangan kiri ni. tapi sekejap je..

Masa mula-mula dapat tahu, kena hadir untuk divaksin, rasa risau jugak. Bukan risau sebab takut jarum pun (ape nak takut dengan jarum. tahun lepas pun dah kena vaksin untuk umrah. Aku siap tengok lagi nurse cucuk jarum. hahaha…) Yang jadi kerisauan adalah sebab banyak teori-teori.. kes-kes yang diviral side effect dari suntikan vaksin ni. Tapi macam adik aku cakap, lebih baik mati sebab vaksin daripada mati sebab COVID-19. Semua orang akan tetap mati. Cuma asbab kematian tu yang mana kita lebih prefer.. Mati sebab vaksin? Atau mati sebab Covid19? Kalau mati sebab vaksin, keluarga kaum kerabat boleh ziarah kita lagi. Tapi kalau mati sebab COVID-19.. faham-faham je la SOP dia macam mana. Nak ke tak nak ke.. hari ini memang kita hidup bersama virus COVID-19. So, aku tawakal je la kepada Allah. Ajal maut di tangan Dia.

Pengalaman divaksinasi

Sampai hari untuk divaksin, 30 Mei 2021, aku pergi ke tempat vaksinasi. Kat sana, lepas scan kod QR MySejahtera, perlu isi beberapa borang. Antaranya borang pengesahan kesihatan dan borang persetujuan. Kat sini, kalau kesihatan tak mengizinkan, contohnya tekanan darah tinggi lepas dicheck, nurse tak akan benarkan untuk divaksin COVID19 pada hari tu. Selesai station ni, aku ke station menunggu giliran untuk dicucuk. Bagi yang takut dengan jarum, relaks.. tak sakit mana pun. Haha.. tak sampai seminit pun kena cucuk. Kalau kena swab test lagi sengsara daripada kena cucuk. Hahaha… Lepas kena cucuk, kena singgah satu station. Kat station ni, kita kena tunggu kat sana dalam masa 15 minit. Kot tiba-tiba badan kita ada tindak balas dengan vaksin, so senang petugas kesihatan nak urus dengan secepat mungkin. Lepas 15 minit, baru lah kita dibenarkan pulang.. Selesai lah dos pertama. Tunggu dos kedua la pulak nanti.

Menunggu giliran untuk divaksin covid19
Ruang kaunseling dan vaksin covid19

So sape-sape yang nak semak temujanji vaksinasi, boleh semak di laman web JKJAV. Sedikit nasihat kepada yang ingin pergi ke tempat vaksinasi, pertama sila bawa pen sendiri. Sekurang-kurangnya, kita tak berkongsi pen untuk mengisi borang di tempat vaksinasi. Kedua, sentiasa lah sanitize tangan bila sampai kat mana-mana station. Tu je.. Assalam.

saya sudah divaksin covid19

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Pengalaman divaksin Covid19
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more