Jom Sihat Dengan Berbasikal : Pena Hijau

Jom Sihat Dengan Berbasikal

20200814 - involve asia
Buat duit dengan Involve Asia
14 Aug 2020
lasik
Pembedahan LASIK : Adakah ia sesuai untuk anda?
2 Dec 2021
20200814 - involve asia
Buat duit dengan Involve Asia
14 Aug 2020
lasik
Pembedahan LASIK : Adakah ia sesuai untuk anda?
2 Dec 2021
Berbasikal hobi sihat
icon follow us

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hobi boleh ditakrifkan sebagai kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang utama. Salah satu hobi yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita dewasa ini tanpa mengira usia adalah berbasikal. Aktiviti berbasikal sering digunakan untuk memperoleh tubuh badan yang sihat dan cergas disamping sebagai satu terapi untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Kebiasaanya suasana berbasikal dapat kita lihat di taman-taman rekreasi bila tiba cuti hujung minggu. Antara lokasi yang sesuai untuk berbasikal adalah Taman tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, taman wetland di Putrajaya, Taman Tengku Anis di Kelantan dan sebagainya.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, aktiviti berbasikal adalah murah, selamat dan efektif. Kalau selepas waktu bekerja atau pada waktu malam anda sering melakukan senaman di gim, apa kata anda mencuba riadah berbasikal. Berbasikallah sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Ianya lebih baik daripada mengambil pil diet yang tidak pasti keberkesanannya mahupun kesannya kepada tubuh badan kita.

Bayangkan seorang individu yang beratnya 100 kg mengayuh basikal dalam tempoh 1 jam perjalanan ke tempat kerja setiap hari akan membakar kalori sehingga 1050 kcal. Ini bermakna dalam masa 5 hari bekerja, dia mampu membakar 5250 kcal tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Terdapat juga kajian yang mengatakan keseluruhan otot tubuh terutamanya pada bahagian bahu dan pinggul boleh distabilkan dengan berbasikal sekaligus akan menghasilkan postur tubuh yang menarik.

Selain daripada menyihatkan tubuh badan kita, ada juga yang menggunakan basikal bagi menggantikan kenderaan awam, kenderaan peribadi ke tempat kerja. Dengan itu, wang minyak dan wang tambang dapat dijimatkan. Selain itu, ianya dapat mengelakkan kesesakkan lalu lintas seterusnya menjimatkan masa.

Penggunaan basikal di Malaysia perlu digalakkan dengan lebih meluas lagi bukan hanya di Melaka tapi ke negeri-negeri yang lain dalam membudayakan amalan hijau sebagaimana negara-negara maju seperti New York, Jerman, England dan Jepun.

Oleh itu, sebagai orang Islam, kita digalakkan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dengan kesihatan yang baik akan memudahkan kita untuk sujud kepada Allah SWT.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jom Sihat Dengan Berbasikal
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more