Pengalaman Buat Swab Test : Pena Hijau

Pengalaman Buat Swab Test

20201118-video-perkahwinanku
Video Perkahwinan
18 Nov 2020
20201201-kk-wakaf-che-yeh
Ujian Saringan Kedua Covid-19
1 Dec 2020
20201118-video-perkahwinanku
Video Perkahwinan
18 Nov 2020
20201201-kk-wakaf-che-yeh
Ujian Saringan Kedua Covid-19
1 Dec 2020
icon follow us

Pengalaman Buat Swab Test | Hari ni dah masuk hari kelapan negeri Kelantan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 21 November 2020. Hari ni jugak aku dapat keputusan swab test yang aku buat pada 26 November 2020 di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah keputusan negatif. Kenapa aku buat swab test? Gini ceritanya… Pada zaman dahulu……

Ceritanya bermula bila aku hadir dalam satu kursus pada 17 – 19 November sebagai persediaan bagi mengetahui proses kerja dan aliran kerja sistem kewangan berasaskan akruan yang akan dilaksanakan pada awal tahun depan. Walaupun segala SOP kursus telah dipatuhi, takdir Allah kita tidak boleh menghalang. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Segala ketentuan Allah pasti ada hikmahnya.

26 November, disahkan salah seorang peserta kursus yang hadir telah demam pada 20 November dan positif Covid-19. Pihak KKM telah meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengan peserta ini selama 3 hari sebelum segera membuat saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan berdekatan. 19 orang dari jabatan aku terlibat. Aku yang tengah duk key in data pengguna diarahkan balik dengan segera untuk buat saringan. Terus aku pack laptop aku, bawak balik fail-fail pejabat aku terus balik dan pergi ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Malangnya aku tak boleh buat ujian saringan petang tu sebab dah ramai. Aku diminta datang pagi esok.

20201128-sms-saringan

Pagi Khamis, 26 November, aku ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh setelah temujanji dibuat dengan doktor di sana. Pagi tu hujan renyai-renyai.. Nak parking kereta dalam premis memang tak de harapan la.. sebab ruangan parkir yang terhad. So aku parking la di tepi jalan bersebelahan dengan RTM. Masuk kawasan klinik.. terpaksa mengharung air sedalam buku lali (Video : Keadaan KK Wakaf Che Yeh Bila Musim Hujan). Adeii.. ni la masalah KK Wakaf Che Yeh bila datang musim hujan. Harapnya masa akan datang pihak yang berkenaan boleh la baiki sistem perparitan or upgrade premis kerajaan ni yang memang jadi tumpuan orang.

Sampai kat tempat ujian saringan COVID-19, ramai la jugak orang. Ada la hampir 20 orang. Ada 4 orang yang hadir untuk buat ujian saringan disebabkan hadir kursus sama dengan aku tapi mereka daripada jabatan yang lain. Sampai nama aku dipanggil, tergagap-gagap nak sebut nama aku.. :-D.. aku pun masuk dalam satu tempat tertutup. Aku diminta sebutkan nombor kad pengenalan aku. Aku pun duduk dihadapan beberapa orang pegawai kesihatan yang lengkap dengan PPE.

Mula-mula satu sample diambil dari anak tekak. Yang ni okay lagi. Lepas tu slow-slow masuk dalam lubang hidung kiri, dipulas-pulas swab cotton tu. Terasa sampai ke anak tekak.. Lepas dikeluarkan swab cotton tu, terbatuk skit aku. Pegawai kesihatan tu siap cakap.. oo batuk ye.. Hahaha… adeii.. tu tindakan refleks aku la.. Sepanjang hidup aku yang dah masuk XX tahun ni, selalunya aku je yang korek hidung aku sendiri.. yang ni, orang pulak yang tolong korek hidung aku dan ajar teknik baru korek hidung.. MANTAP!!!

Aku pun balik untuk kuarantin kendiri di rumah. Keputusan swab test boleh diketahui dalam tempoh 48 jam. Susah jugak nak kuarantin kat rumah. Anak rapat dengan Abi dia.. sikit-sikit Abi. Sikit-sikit panggil Abi dia. Bini pulak siap suruh tido bilik lain. Dah la skarang musim hujan.. Hahaha..

Walau pun duk rumah, tetap jugak kena kerja. Bukan goyang kaki ye.. Work From Home (WFH).. semata-mata nak kena siapkan kemasukkan data pengguna sistem sebelum 10 Disember.

20201128-work-from-home

20201128-work-from-home-2

Madam pun siap tolong buat kerja pejabat. Kira bilangan proses dalam satu-satu modul..

Hari ni cukup tempoh 48 jam. Tunggu punya tunggu.. tak ada jugak klinik call. Rakan sekerja yang lain ada yang dah tau keputusan. Negatif. Last-last aku call sendiri CPRC Kota Bharu. Alhamdulillah aku juga negatif. Pegawai CPRC maklum, akan ada Inspektor Kesihatan akan datang rumah untuk pakaikan gelang dan perlu kuarantin untuk beberapa hari lagi. Apa pun tunggu je la..

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] dengan jarum, relaks.. tak sakit mana pun. Haha.. tak sampai seminit pun kena cucuk. Kalau kena swab test lagi sengsara daripada kena cucuk. Hahaha… Lepas kena cucuk, kena singgah satu station. Kat […]

Leave a Reply

Pengalaman Buat Swab Test
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more