Ujian Saringan Kedua Covid-19 : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Ujian Saringan Kedua Covid-19

Pengalaman Buat Swab Test
28 Nov 2020
20210110-majlis-pelancaran-ispeks
Plan B Majlis Pelancaran iSPEKS
10 Jan 2021
20201201-kk-wakaf-che-yeh

Semalam (30 Nov), setelah beberapa hari menunggu Inspektor Kesihatan a.k.a IK datang ke rumah tapi tak jugak datang (elok gak tak datang, nanti heboh 1 kampung kenderaan KKM masuk pagar rumah musim-musim sekarang ni 😂), bos bahagian aset di jabatan aku @AzizanKadir dan aku ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu untuk ambik surat. Kalau ikut prosedur, sepatutnya IK akan datang ke rumah untuk pakaikan gelang pink dan bagi surat kuarantin. Tapi memandangkan kekangan kakitangan dan masa, IK tak boleh datang.

Sampai di PKD Kota Bharu, bersebelahan dengan pejabat Telekom Malaysia tu dan berjumpa dengan sorang pegawai di sana, kami diminta tunggu sebentar bersama KitKat.

On da way nak duduk kat tempat menunggu, terlihat sorang gadis yang ayu duduk berseorangan.. Ingat nak menyapa la dia alang-alang datang dengan bos aset yang masih bujang (berasa bujang la skejap.. bujang 3 lagi kan), last-last aku yang disapa dulu.. “Encik Zama mari ambik surat jugak ko?” Adus.. Suara yang kukenal. Rupa-rupanya Mahfuzah, Penolong Akauntan kat jabatan aku. 😅 Maklum la pakai mask, tak kenal.. 😛

Nama dia dipanggil ke kaunter oleh sorang pegawai wanita. Nampak dia dipakaikan gelang dan last kuarantin kalau tak silap 2 Dis sebab kali terakhir dia close contact dengan pesakit covid19 tu pada 19 Nov.

Lepas tu nama kami dipanggil oleh seorang pegawai lelaki. Diberikan surat kuarantin dan slip untuk ujian darah di Klinik Kesihatan esok. Nasib baik ujian darah jah. Macam dah tak sanggup lagi nak lalui pengalaman buat ujian swab test. Hahaha.. Tertera di surat, last kuarantin esok, 1hb (hari ni la tu). Bila ditanya kena pakai gelang ke.. Pantas dia jawab.. “Mengarut blako tu.. Esok 1hb dah“. Hahaha.. Betul jugak. Kalau pakai gelang, esok kena datang PKD KB lagi untuk gunting gelang tu. Bukan simply siti boleh gunting sendiri. Kadang-kadang, kita kena ikut pertimbangan akal dan ada toleransi. Peraturan ni manusia yang buat. Sedangkan peraturan Allah sendiri pun, kita insan yang lemah ni pun kadang-kadang langgar.. Tak ikut.. Ni kan pulak peraturan manusia. Tak gitu?

20201201-covid-19-1

Hari ni, temujanji aku di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh pukul 8.30 pagi untuk diambil ujian darah. Pukul 8.30 aku dah ada di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh dan mengharung air dalam premis kerajaan ni.

2 jam menunggu.. Menguji mental betul. Pukul 10.30 baru nama aku dipanggil. Alhamdulillah result aku negatif. Syukur. Malam ni boleh tidur dengan bini musim-musim hujan ni. Hahaha..

20201201-covid-19-2

Balik dari klinik, hujan-hujan ni.. kita pekena “barang panas dalam kain” nak? Antara barang paling laku di musim tengkujuh ni.. Selamat menjamu Putu Halba.. 🙂

20201201-putu-halba

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply