Omar Khayyam: Kalendar, Algebra dan Rubaiyat
7 Nov 2020Nama Tiada Pada Geran Hartanah Suami? Isteri Jangan Bimbang Ini Penjelasan Peguam
9 Nov 2020Masalah dan isu sosial sentiasa tular di media sosial mengenai berbagai-bagai tajuk. Antara punca-puncanya adalah pelbagai, seperti kes dadah, pendatang tanpa izin dan premis judi haram yang beroperasi secara terang-terangan.
Kebanyakan daripadanya bersangkut-paut dengan gejala rasuah. Telah banyak bukti dapat dilihat bahawa masalah rasuah sedang dan masih berlaku dengan begitu hebat di negara kita.
Dari segi takrifnya, rasuah adalah perbuatan salah guna kuasa untuk memperkayakan atau memberi kelebihan kepada individu, anggota keluarga dan kenalan rapat ketika seseorang itu diamanahkan tanggungjawab mentadbir urus sumber awam.
Saban hari kedengaran penjawat awam, penguatkuasa, pentadbir, orang awam dan juga para menteri dan bekas menteri didakwa atau disiasat berkenaan dengan tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas mereka. Gejala rasuah ini sangat-sangat membingbangkan dan jika tidak dibanteras dengan segera, ianya akan membawa kemusnahan besar-besaran keapda bangsa dan negara.
Kes-kes berprofil tinggi seperti pembinaan, perladangan haram, perkilangan haram mendapat pendedahan serius dan mungkin berkait dengan gejala rasuah. Akibat rasuah, pentadbir, penguatkuasa dan pihak yang sepatutnya menjaga negaram tidak lagi mementingkan sikap integriti dalam tugasan.
Tidak dinafikan tekanan ekonomi yang mendesak dan juga kadar gaji yang diterima sesetengah pihak menyebabkannya terpaksa memilih untuk menerima rasuah demi untuk kesenangan hidup. Tapi apa yang lebih membimbangkan apabila orang berkemampuan dan berada juga menjadikan rasuah ini sebagai amalan biasa.
Pembersihan secara besar-besaran terhadap agensi dan sektor kerajaan dan swasta perlu dilakukan dengan segera agar negara kita bebas daripada gejala rasuah. Penerima dan juga pemberi rasuah harus diberikan hukuman yang lebih berat agar jenayah ini tidak terus berleluasa. Jika tidak harapkan pagar, pagar makan padi.
Pihak kerajaan seharusnya menjadikan agenda memerangi rasuah ini sebagai agenda nombor satu negara. Rasuah sebagai antara sebab utama yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, lantas menghilangkan minat pelabur asing. Ia juga meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menidakkan rakyat daripada mendapat perkhidmatan serta mendorong kepada berlakunya ketidakstabilan politik.
Banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan tetapi kerana rasuah, ada yang terbenam dalam kemelut kemunduran – ada yang tertimbus dalam lumpur kemiskinan. Kekayaan negara disalah guna untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Memang sukar untuk membuang dan menukar sesuatu yang sudah bersarang sejak sekian lamanya. Namun, sebagai orang awam kita juga perlu ambil peranan dan melaporkan segala perkara yang mencurigakan termasuk kemungkinan berlakunya gejala rasuah.
Hentikan amalan rasuah dalam negara, agar Malaysia kekal sejahtera. Rasuah pembunuh dan musuh negara.
Sumber : Salam Web Today
1 Comment
[…] kemaksiatan seperti mengamalkan amalan rasuah dan mengakibatkan kepincangan dalam kehidupannya. Rasuah bukan sahaja khianat kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan malah menzalimi hak orang lain […]