The Karate Kid dan Cobra Kai : Pena Hijau

The Karate Kid dan Cobra Kai

20210111-lupin
Lupin
11 Jan 2021
Superman & Lois 2021
5 Feb 2021
20210111-lupin
Lupin
11 Jan 2021
Superman & Lois 2021
5 Feb 2021
20210120-the-karate-kid-cobra-kai
icon follow us

Bagi yang lahir pada tahun 1980-an & 1990-an pasti tidak asing dengan filem The Karate Kid yang mula disiarkan pada tahun 1984, The Karate Kid Part II (1986), The Karate Kid Part III (1989) dan The Next Karate Kid (1994).

Dalam filem pertama The Karate Kid mengisahkan tentang Daniel LaRusso (Ralph Macchio) yang baru berpindah ke Reseda, Los Angeles berkawan baik dengan Ali Mills (Elisabeth Shue). Persahabatan itu menimbulkan rasa cemburu kepada bekas kekasih Ali, Johnny Lawrence (William Zabka) seorang pemegang tali pinggang hitam karate dari dojo Cobra Kai yang dipimpin oleh John Kreese (Martin Kove). Sensei John Kreese digambarkan antagonis dan kejam melalui moto Cobra Kai iaitu “Show No Mercy!”. Johnny dan ahli-ahli Cobra Kai kemudiannya sering membuli Daniel sehinggalah Daniel diselamatkan oleh Mr Miyagi (Pat Morita). Untuk menyelesaikan konflik antara Daniel dan Johnny, Mr Miyagi mencadangkan mereka bersaing secara adil dalam Kejohanan Karate All-Valley. Bermula dari situlah Daniel mempelajari teknik-teknik karate daripada Mr Miyagi. Dipendekkan cerita Daniel bertemu dengan Johnny pada pusingan akhir dan Daniel memenangi kejohanan tersebut walaupun mengalami kecederaan pada sebelah kaki kerana dikasari oleh Bobby yang telah diarahkan oleh Sensei Kreese untuk berbuat demikian.

20210120-the-karate-kid-01

Bermula tahun 2018, muncul drama bersiri baru berjudul Cobra Kai yang merupakan kesinambungan daripada filem-filem The Karate Kid. Menariknya, watak-watak di dalam Cobra Kai masih mengekalkan pelakon-pelakon asal The Karate Kid. Penonton boleh melihat perubahan wajah remaja dan dewasa pelakon-pelakon asal The Karate Kid. Drama ini berkisar tentang Johnny yang kalah dalam kejohanan karate 34 tahun lepas ingin menghidupkan kembali dojo karate Cobra Kai setelah diminta mengajar karate oleh seorang remaja, Miguel Diaz yang selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Tindakan Johnny membuka semula Cobra Kai menimbulkan rasa tidak senang hati kepada Daniel yang kini seorang pemilik syarikat pengedar kereta yang sangat berjaya.

20210120-the-karate-kid-cobra-kai-01Ralph Macchio sebagai Daniel LaRusso
20210120-the-karate-kid-cobra-kai-02William Zabka sebagai Johnny Lawrence

Falsafah dojo Cobra Kai masih tidak berubah namun Johnny berusaha menanam sifat lebih hormat daripada apa yang diajar oleh Sensei Kreese. Namun usaha Johnny untuk mereformasikan Cobra Kai tergugat dengan kemunculan semula Sensei Kreese yang bercita-cita membawa kembali Cobra Kai ke arah pendekatan yang lebih kejam.

Hubungan antara Daniel, Johnny dan Kreese yang tidak dapat melupakan masa lalu membawa drama ini penuh dengan konflik dan pertembungan antara kumpulan-kumpulan dojo karate ini.

Drama ini yang telah pun mempunyai 3 musim boleh ditonton melalui Netflix. Sambungan musim ke-4 akan bersiaran pada bulan Oktober 2021.

 

* dojo (道場 dōjō) merupakan istilah Jepun yang diterjemahkan secara literal sebagai “tempat arah Tujuan”. Pada awalnya, Dojo merupakan bahagian tambahan dalam kuil-kuil. Istilah ini boleh merujuk kepada tempat latihan rasmi untuk apa-apa seni mempertahankan diri Jepun.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
The Karate Kid dan Cobra Kai
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more