Superman & Lois 2021 : Pena Hijau
20210120-the-karate-kid-cobra-kai
The Karate Kid dan Cobra Kai
20 Jan 2021
ANE 20230507 westlife my blood anakku
My Blood – Westlife
7 May 2023
20210120-the-karate-kid-cobra-kai
The Karate Kid dan Cobra Kai
20 Jan 2021
ANE 20230507 westlife my blood anakku
My Blood – Westlife
7 May 2023
icon follow us

Setelah lama tiada drama bersiri Superman, kini peminat superhero Superman boleh mula teruja apabila drama Superman & Lois bakal disiarkan di CW pada 23 Februari ini. Kali terakhir drama Superman adalah Smallville yang mengisahkan tentang zaman remaja Clark Kent dalam mempelajari dan menguasai kekuatan istimewanya pada tahun 2001 dan berakhir pada musim ke 10 pada tahun 2011. Seterusnya pada tahun 2015, drama Supergirl disiarkan yang mengisahkan tentang Kara Zor El, sepupu Superman. Drama ini masih menunggu tarikh penyiaran yang sesuai untuk musim ke-6 pada tahun ini. Diikuti dengan Krypton yang mengisahkan tentang perjuangan datuk Superman di Planet Kypton. Pada tahun 2018, drama Krypton disiarkan. Satu kelainan di mana drama Krypton ini mengisahkan tentang perjuangan datuk Superman, Seg El di planet Krypton. Namun drama ini dikatakan gagal mendapat sambutan dan berakhir pada tahun 2019 dengan 2 musim sahaja.

Pada 23 Februari ini, The CW akan menyiarkan satu tayangan perdana drama Superman & Lois selama 90 minit. Setelah bertahun-tahun menghadapi musuh dan malapetaka di Metropolis, Man of Steel aka Kal El aka Clark Kent (dilakonkan oleh Tyler Hoechlin) dan wartawan terkenal, Lois Lane (dilakonkan oleh Elizabeth Tulloch) akan menghadapi cabaran baru sebagai ibubapa yang bekerja kepada 2 orang anak lelaki mereka iaitu Jonathan dan Jordan. Lebih menyulitkan lagi, Clark & Lois juga mesti memikirkan sama ada anak-anak mereka dapat mewarisi kuasa Kryptonian ayah mereka nanti.

Hoechlin pertama kali muncul sebagai Man of Steel dalam drama Supergirl pada Musim ke-2. Seterusnya muncul sekali lagi di dalam crossover Elseworlds dan crossover Arrowverse.

Kembali ke Smallville untuk menguruskan perniagaan keluarga Kent, Clark dan Lois berkenalan dengan Lana Lang, seorang pegawai pinjaman tempatan yang juga merupakan cinta pertama Clark, dan suaminya, Ketua Bomba Kyle Cushing. Apa pun, nantikan Superman & Lois pada 23 Februari ini. Saksikan pra tonton saat-saat adik beradik Kent mengetahui tentang identiti superhero ayah mereka.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Superman & Lois 2021
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more