Cacing Kepanasan : Pena Hijau

Cacing Kepanasan

Hari Pertama Sekolah Tahun 2021
8 Mar 2021
Ayam oh Ayam
8 Apr 2021

Alkisahnya hari Ahad 28 Mac baru ni.. Aku ada memuat naik satu status whatsapp berbunyi “Gangguan seksual di tempat kerja betul… Nampak jelas pakai bra warna pink!!!” Dalam post ni aku tak nak komen tentang si pelaku tu yang dah buat gangguan tu kat aku. Dah la bini tak ada kat rumah. Dia balik kampung.. ish ish.. Kalau tak, aku dah balik rumah dah. 😛

Sejak petang tu aku diserang dalam whatsapp. Hahaha… Kalau yang lakinya.. Org kelantan kata glenya.. Macam ulat bulu naik daun.. Mesej tanya siapa? siapa? Ada gambar tak? Hahaha.. Sorry guys.. Aku takkan bagitahu siapa orangnya. Yang menariknya ada yang tanya.. Ada ambik gambar tak. Aku jawab tak ada. Walaupun memang niat asal aku nak ambil juga gambar sebagai bukti.. Tapi aku tak sampai hati. Aku bagi alasan kat member tu aku takut kantoi dengan bini aku kalau ada gambar tu. Terus dia balas “Takut sangat upanya… Tgok status nak kawin sore lagi…” hahaha.. Bukan takut bro. Saja ja aku bagi alasan takut kantoi tu.. Boleh sangat eh kalau aku nak ambil gambar… Itu reaksi beberapa orang lelaki..

Yang pompuan pula lain halnye.. Ada yg kata aku mengaibkan orang.. Jap jap.. Ada ke aku mention sape orgnye? Tak ada kan.. Kalau bab tulis jelas bra pink.. Rasanya ada ustaz-ustaz yang ulas lagi teruk daripada ni bila ulas bab berpakaian perempuan ke pejabat. Yang tu tak mengaibkan ke? Ada juga yang minta aku padam status tu sebab sentuh pasal tempat kerja. Rasanya tak ada pun aku sebut khusus nama tempat kerja tu.. boleh jadi pejabat lain.. Boleh jadi satu kompleks. Lagi pun rasanya isu perempuan buat gangguan seksual boleh terjadi kat mana-mana tempat kerja kot. Ada je yg pakai baju ketat.. Kain terbelah.. Cuma tak diwarwarkan je sebab si lelaki syok memandang.. Walhal dah termaktub tatacara pemakaian kakitangan ke pejabat.. Boleh rujuk Bahagian Sumber Manusia ye kalau tak tahu. So aku tak delete pun status tu sepanjang hari tu. Sebab aku tak rasa pun aku ni bersalah atas sebab mengaibkan orang atau tempat kerja. Aku up status tu dalam pukul 2 lebih. Waktu tu aku dalam perjalanan ke satu pejabat untuk satu taklimat penggunaan sistem. So boleh jadi orang tu staf mana-mana pejabat atau pun orang luar, pelawat.. Boleh jadi juga tempat tu mana mana pejabat dalam satu kompleks tu.. So umum kan..

Dan yang lebih buat aku rasa nak tergelak lagi.. Selama ni aku tak pernah nampak pun status whatsapp orang ni.. Seingat aku la.. Tup tup.. Sebab isu ni.. Tibe tibe semalam, 30 Mac aku tertengok satu status whatsapp. May be nak tuju kat aku. Hahaha.. Hilang je status whatsapp dia tu hari ni, terus gambar profile whatsapp dia pun hilang jugak. Hahahaha…

Macam macam gelagat manusia.. Yang laki macam ulat bulu naik daun.. Yang pompuan pulak macam cacing kepanasan. Try kita twistkan isu ni.. Pompuan pulak yang kena gangguan seksual ni.. Rasanya si pelaku lelaki tu kena hentam kaw kaw agaknya kan.. Si mangsa tak ada pun yang nak serang macam yang aku kena.. Hahahaha…

Bak kata Amin Idris.. PELIKKK…

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ