Hari Pertama Sekolah Tahun 2021 : Pena Hijau

Hari Pertama Sekolah Tahun 2021

20210117-kenangan-praktikal-mpkb
TQ Bro Promot
17 Jan 2021
Cacing Kepanasan
31 Mar 2021
20210117-kenangan-praktikal-mpkb
TQ Bro Promot
17 Jan 2021
Cacing Kepanasan
31 Mar 2021
icon follow us

24 Rejab 1442H / 08 Mac 2021 – Sengaja aku minta cuti hari ni. Maklum la cuti tahun ni tak usik lagi. Gilo kijo pun tak leh jugak. Workaholic sangat pun, skim F “mati” sampai F48 juga. Nak wujud jawatan baru dengan tangga gaji tinggi sikit, dengar-dengar tak lepas. Habis nak dikaut oleh skim …….. walau pun jabatan tu berkaitan dengan IT. Abaikan. Nanti la aku ngepek bab ni lain kali. HaHaHa…

Alya bangun pagi awal hari ni. Excitedย sampai tido semalam pun asyik tersedar. Dia duk bercerita, dia tersedar ingatkan dah pukul 6 pagi. Rupanya baru pukul 1 pagi. Lepas tu tersedar lagi pukul 3 pagi. Dia punya excited tu sampai solat asar petang semalam bleh tersenyum sebab duk teringat boleh pergi sekolah hari ni.. (adehhh.. tak khusyuk solat.. :-P). Pukul 7.10 terus hantar dia pergi sekolah. Tahun ni dah kena hantar awal. Cikgu dah lantik dia jadi pengawas tahun ni. Biasa tahun-tahun sebelum ni, pukul 7.30 baru hantar ke sekolah.

Selesai hantar Alya ke sekolah, apalagi… macam biasa aktiviti bila tak bekerja ni.. kalau tak meracun rumput, mesin rumput la..

Selesai mesin rumput, try la tanam 2 batang ubi kayu. Harap-harap, musim hujan nanti boleh la makan hasil. Tak bleh nak pacak banyak sangat. tak habis nak makan nanti. Tak pasal-pasal ubi kayu jadi kayu. ๐Ÿ˜€ Sambil-sambil tu, tengok-tengok tanaman-tanaman lain…

Duk usha-usha pokok mata kucing, tertengok la makhluk Allah yang ni.. SubhanAllah.. Gapo namo rima ni? Sapo tahu?

Mentari pun dah mula naik tinggi, tubuh dah dah penat berpeluh.. so kita rehat sebentar bersama pulut lepa (loghat Kelantan) / pulut panggang. Warisan arwah Tok Wan. Aku adalah cucu kepada pembuat pulut lepa sohor di Kota Bharu satu ketika dulu. ๐Ÿ˜›ย  Dulu-dulu masa zaman budak, sebulan sekali mesti akan balik Kelantan. Bermalam di kampung ayah (Kg Pintu Geng, Kota Bharu) dan bermalam di kampung mak (Kg Kutan Hilir, Tumpat). Bila tido di Kutan Hilir, arwah Tok Wan akan bangun seawal 4.00 pagi untuk bakar pulut lepa ni untuk dijual di Kota Bharu. La ni, warisan ni dah diturunkan kepada mak-mak sedara aku. Kalau ada yang nak tempah, boleh la contact mak sedara aku. ๐Ÿ˜›

 

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Hari Pertama Sekolah Tahun 2021
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more