Cacing Kepanasan
31 Mar 2021Komik Kung Fu Boy
12 Apr 2021Alkisahnya mula pelihara ayam ni sebab si Alya nak pelihara. Kebetulan juga pak sedara nak bagi ayam free sebab kekangan masa atas urusan kerja. So buat la reban ayam simple-simple buat sementara waktu menggunakan kayu-kayu sedia ada dari rumah lama.
Ada si ibu dengan tiga ekor anak. Si jantan tak ambik lagi. Ayam ni kalau nama saintifik dia Gallus gallus domesticus merupakan haiwan bela jinak yang boleh dikelaskan sebagai burung yang tidak boleh terbang. Kalau mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (Food and Agriculture Organization of the United Nations – FAO) melaporkan di dalam the Economist bahawa jumlah populasi ayam setakat tahun 2011 adalah melebihi 19 billion ekor. Banyak wooo… Tu baru tahun 2011. Tahun 2021 entah berapa puluh billion ekor la… Kalau tengok dekat laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi rakyat di dunia setakat hari ni baru 7.75 billion. Populasi rakyat Malaysia baru 32.77 juta.
Lepas tu, cuti sekolah baru ni mula la projek bina reban baru untuk ayam-ayam ni… Boleh la si ayam ni bertenggek atas kayu dalam reban tu. Selesa la sikit.. Waktu Magrib biasanya si ibu mula bertenggek atas kayu. Si tiga beradik tu mula bising gelisah sebab si ibu duk atas.. Hahaha
Bab makanan, tak yah risau. Makanan yang tak habis kemarin boleh la bagi kat ayam. Tak de lah membazir. Ayam boleh dikategorikan sebagai haiwan omnivor (haiwan pemakan daging dan tumbuhan). Ayam biasanya mengais tanah cengan cakar untuk mencari benih, serangga ataupun haiwan yang lebih besar seperti cicak, ular kecil ataupun tikus muda.
Kebiasaannya ayam boleh hidup selama lima hingga sepuluh tahun bergantung kepada bakanya. Menurut Guinness World Records, ayam tertua di dunia yang pernah dicatatkan adalah Matilda, si ayam betina yang mati akibat kegagalan jantung pada umur 16 tahun.
Ayam sangat sebati dalam budaya masyarakat Melayu dan Nusantara bukan sahaja sebagai haiwan ternakan bahkan sebagai watak cerita teladan. Dalam kisah dongeng, diceritakan bahawa ayam meminjam jarum emas daripada helang semata-mata untuk mendapat kebolehan terbang seperti helang. Tetapi ayam tidak menjaga jarum emas itu dengan baik sehingga menyebabkan helang mengugut untuk memakan ayam dan keturunannya selagi jarumnya tidak dijumpai. Sebab itulah ayam selalu mengais-ngais tanah kononnya untuk mencari jarum emas kepunyaan helang. Kisah dongeng ni pernah disiarkan di dalam rancangan kanak-kanak, Pada Zaman Dahulu. Sekian alkisah ayam untuk hari ini.