Ayam oh Ayam
8 Apr 2021Salam Lebaran 1442
12 May 2021Tengah duk belek-belek Muka Buku, tibe-tibe terpapar gambar komik legend dulu-dulu, Komik Kung Fu Boy. Terus teringat dekat arwah Tok, Hajah Zainab atau dikenali Mok Su Nab oleh orang kampung. Aku dulu membesar di Terengganu. Lama jugak la aku jadi orang Terengganu. Nasib tak jumpe jodoh dengan orang Terengganu je.. Hahaha..
Seingat aku, kali pertama aku bertemu jodoh dengan Komik Kung Fu Boy ni masa aku 8/9 tahun. Biasanya dalam sebulan mesti sekali/2 kali keluarga aku akan balik kampung dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Hari Khamis balik Kota Bharu, hari Sabtu balik Kuala Terengganu. 3 jam perjalanan dah biasa bagi aku.
Ada satu hari tu, aku teringin nak ikut Tok pergi ke bandar Kota Bharu. Itu lah kali pertama aku naik van sapu. Keluar ke bandar berdua dengan Tok. Dan kali terakhir aku naik van sapu masa aku di MRSM Kuala Berang untuk outing dari MRSM ke Pekan Kuala Berang sambil menempuhi “periuk-periuk api” di atas jalan raya. Hahaha.. Sekarang wujud lagi ke van sapu ni?
Sampai di bandar Kota Bharu, aku pun dah lupa Tok bawa aku pergi mana.. tapi yang aku ingat masa dekat Arked MPKB atau lebih dikenali dengan Pasar MPKB tu, aku ternampak la komik Kung Fu Boy ni. Terus aku mintak dengan Tok aku untuk beli komik tu.. Hahaha… Teruja juga la dulu-dulu bila baca komik ni.. Teknik nak menumbuk dengan tepat dengan latihan tumbukan kat botol kaca yang pecah… tumbukan angin… 🙂
Sekarang Pasar MPKB tu yang dah wujud sejak tahun 1966 dah pun dirobohkan pada tahun 2011 dan dibangunkan bangunan Kota Bharu City Point (KBCP).
Semoga arwah Tok ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Alfatihah…..