Salam Lebaran 1442 : Pena Hijau

Salam Lebaran 1442

Komik Kung Fu Boy
12 Apr 2021
20210601-vaksin-covid19-01
Pengalaman divaksin Covid19
1 Jun 2021

Salam lebaran buat pembaca blog Pena Hijau. Walaupun kita masih lagi menyambut lebaran dalam suasana pandemik Covid-19, ada yang tidak mampu untuk pulang berhari raya di kampung halaman, ada yang berjauhan dan lama tidak bersua dan berjumpa.. namun harapnya dengan ucapan hari raya ini sekurang-kurangnya masih mampu untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Senja Ramadhan beranjak pergi. Berganti fajar Syawal di pagi hari. Membawa cahaya kedamaian di penghujung Ramadhan, menebar berkah di hari kemenangan. Selama sebulan kita berada di bulan Ramadhan sedikit sebanyak mendidik kita erti kesabaran, beramal soleh serta ikhlas dengan ketentuan Allah.

Takbir telah berkumandang. Memecah keheningan malam. Mengungkap rasa syukur kepada Tuhan sekalian alam.

Mata sering salah menatap. Mulut sering salah berucap. Hati sering salah menganggap. Meskipun wajah tak mampu bersua. Meskipun tangan tak saling menjabat. Semoga coretan kata ini mampu menjadi jambatan di hari penuh kemenangan. Dengan niat yang tulus dan suci, kami memohon maaf di atas kekhilafan kami, zahir dan batin.

Selamat Hari Raya ‘Idilfitri.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Tinggalkan Balasan