Wau Permainan Tradisional Rakyat Malaysia
15 May 2021Facebook Down : Instagram & Whatsapp Berhenti Berfungsi
5 Oct 2021Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi semua guru di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia bagi menghargai sumbangan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.
Selamat Hari Guru
Kepada mak ayah yang merupakan guru pertama sejak lahir mengajar kami adik beradik,
Kepada guru-guru di Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) Mengabang Telipot, Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batu Rakit (Kini dikenali Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRaInS) sejak 2003), Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang.
Kepada pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Uniti Kota Bharu (KUKB) yang mengajar sama ada secara langsung atau tidak langsung,
Kepada “cikgu-cikgu” yang pernah mengajar pelbagai ilmu secara tidak langsung sepanjang bekerja di Selangor, Kelantan dan sepanjang tempoh perkhidmatan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Kepada rakan-rakan seperjuangan, sahabat-sahabat yang kini bergelar guru, pensyarah,
Kepada guru-guru yang mendidik anak-anak kami (Tadika Tengku Anis, SK Paloh Pintu Gang),
Dan kepada semua pendidik yang bergelar “Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Sebagainya”
TERIMA KASIH
Kerana Mengajar Kami Tentang Adab Dan Ilmu Sehingga Kami Menjadi Orang Yang Berguna.
Selamat Hari Guru.
Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW,
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”.
[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]