Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Assalamualaikum semua. Hari ni dah pun 22 Syawal 1442H. Mesti ramai yang dah “raya” kan atau selesai menjalani ibadah puasa sunat enam hari Syawal kan. Masih berbaki 8 hari lagi sebelum Syawal meninggalkan kita. Jom share tentang puasa sunat enam Syawal ni..
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Muslim, Kitab ash-Shiyam, Bab Istihbabu Shaumi Sittati Ayyami Min Syawwalin Ittibaa’an Li Ramadhana, no. 1164)
Daripada hadis di atas, kita boleh simpulkan bahawa :
Oleh itu, kepada kawan-kawan, rakan-rakan pembaca blog ni yang masih belum habis atau yang belum lagi puasa sunat enam Syawal ni, marilah kita merebut kelebihan dan ganjaran yang Allah berikan kepada kita sebagai umat akhir zaman. Jom jadi orang yang Rabbani (hamba Allah yang sentiasa beribadah kepada-Nya pada setiap waktu dan tempat). Jangan jadi orang yang Ramadani (orang yang beribadah kepada-Nya hanya di bulan Ramadhan).
Rujukan :