Menemani Rasulullah SAW Idaman Setiap Mukmin : Pena Hijau

Menemani Rasulullah SAW Idaman Setiap Mukmin

nabi muhammad saw
Mencintai Nabi Muhammad SAW Kunci Kesempurnaan Iman
7 Oct 2021
zakat
Zakat Membersihkan Dosa dan Menyucikan Jiwa
16 Dec 2021
nabi muhammad saw
Mencintai Nabi Muhammad SAW Kunci Kesempurnaan Iman
7 Oct 2021
zakat
Zakat Membersihkan Dosa dan Menyucikan Jiwa
16 Dec 2021
nabi muhammad saw
icon follow us

Menemani Rasulullah SAW menjadi idaman setiap mukmin. Para sahabat telah memperolehi kelebihan ini sewaktu hayat Baginda Nabi SAW. Mereka adalah generasi terbaik dari umat ini. Nabi SAW menawarkan keistimewaan khas untuk menemani baginda SAW di akhirat nanti. Ianya satu tawaran terbuka untuk setiap umat apabila memenuhi syarat amalannya.

Pertama : Beriman dan mencintai Rasulullah SAW

Ganjaran seseorang yang beriman dan cinta kepada Rasulullah SAW walaupun tidak sempat melihat Baginda SAW semasa hidupnya, ialah dia menjadi teman Baginda SAW di syurga nanti.

“Daripada Abdullah bin Mas’ud ra katanya : Datang seseorang kepada Nabi SAW, lantas bertanya: Wahai Rasulullah, apa katamu tentang seorang yang sayangkan satu kaum, namun tidak dapat menyertai mereka. Sabda Rasulullah SAW : Seseorang itu akan bersama orang yang dikasihinya.”

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

 

Kedua: Berakhlak mulia

Nabi SAW adalah seorang yang berakhlak mulia dan kita dituntut untuk mencontohi akhlak Baginda SAW dalam setiap aspek kehidupan agar kita dapat bersama Baginda di hari akhirat nanti.

Rasulullah saw bersabda (yang bermaksud) :

“Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling dekat kedudukannya denganku pada hari kiamat nanti ialah mereka yang terbaik akhlak pergaulannya. Sementara orang yang paling dibenci dan paling jauh kedudukannya dariku di akhirat nanti ialah orang yang banyak bercakap tentang perkara yang sia-sia dan batil, memperlekehkan orang lain dan berlagak sombong”

(Riwayat al Tirmizi)

 

Ketiga: Memperbanyakkan solat sunat

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan oleh Rabiah ibn Kaab al-Aslami r.a (yang bermaksud) :

“Aku bermalam bersama Nabi SAW, aku membawa datang air wudhu’ dan hajat Nabi SAW. Baginda saw bersabda : Mintalah. Aku berkata: Aku mohon untuk menemanimu di syurga. Baginda SAW bersabda: Ada yang lain lagi? Aku menjawab: Itu sahaja. Baginda SAW bersabda: Bantu dirimu dengan perbanyakkan sujud (solat)”

(Riwayat Muslim)

 

Diambil pelajaran dari hadith ini, Rabiah r.a mengajar kita cita-cita tertinggi seorang muslim ialah mencapai syurga yang melayakkan diri untuk menemani Nabi SAW. Meraih darjat menemani Nabi SAW bukannya dengan angan-angan dan bermalasan. Mestilah beramal dan berbakti terutama ibadat terbaik iaitu solat.

 

Keempat : Berdoa

Berdoa memohon untuk menemani Nabi SAW adalah wasilah untuk meraih keutamaan dan kelebihan ini. Ibn Mas’ud pernah berdoa dalam qiam solatnya (yang bermaksud):

“Ya Allah! Aku mohon iman yang tidak murtad, nikmat yang tidak hilang dan menemani Muhammad SAW di syurga kekal tertinggi.”

(Riwayat Imam Ahmad)

 

Kesimpulannya, marilah kita mensyukuri nikmat Islam yang telah menggabungkan kita bersama keluarga besar umat Muhammad SAW. Generasi para sahabat yang mulia adalah pemimpin peneraju umat. Mereka telah membuktikan kejujuran iman dan kesungguhan luar biasa untuk memberi bantuan dan pertolongan kepada Rasulullah SAW dan dakwah Islam. Maka, kitalah sebagai pewaris agama yang berkat ini, penerus kesinambungan risalah yang mulia ini, seharusnya menerima amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan menggalas tugasan dengan penuh kesempurnaan. Semoga terhimpunlah kita bersama para nabi, siddiqiin, syuhada’ dan solehin. Mereka adalah sebaik-baik peneman.

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 69-70 yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).”

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Menemani Rasulullah SAW Idaman Setiap Mukmin
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more