Pengalaman Pertama Alya Vaksinasi Covid19
15 Apr 2022Moga Diberi Kesembuhan Buat Adik Raudhatus Solehah
28 Apr 2022Setelah dua tahun tak ada sesi colek mencolek di bulan Ramadhan, akhirnya tahun ni geng ANSARA QBer berpeluang mengadakan mini gathering “mencolek” sempena Ramadhan 1443H.
Memang jadi kebiasaan rakyat di negeri Kelantan, bila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak, tak kira restoran, kedai makan hatta gerai-gerai menyediakan juadah colek seperti colek ayam, colek buah, kerang, ikan dan macam-macam lagi pada setiap malam.
Port mini gathering mencolek tahun ni di Kedai Makan Kak Ani Kantin Bomba, Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
Cumanya tahun ni, memang terasa kehilangan sorang ahli yang dah kembali ke rahmatullah pada Oktober 2021, Allahyarham Mohd Asraf Asmawi aka Acap. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amiin.
Dalam kesempatan perjumpaan kali ni, dapat jugak merasa air TuWakJaki, satu produk keluaran seorang sahabat MRSM. Sedap. Rasanya asli berbeza dengan yang ada di pasaran. Mana-mana yang berminat nak rasa nikmat air nira kelapa asli boleh hubungi sahabat ni Wak Jaki 013-927 5721.
Moga ada kesempatan untuk gathering lagi.. Terima kasih tokey GM Copier sebab belanja makan colek kali ni. Moga murah rezeki.