Cuti Singkat Di Penang
10 Jun 2022Alhamdulillah, Mak Dah Keluar Hospital
5 Jul 2022Alkisahnya sepatutnya aku kena pergi taklimat berkaitan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Kuala Terengganu bermula Rabu, 22 Jun hingga Jumaat, 24 Jun baru ni. Tapi disebabkan Selasa malam Rabu tu tiba-tiba ada emergency di Red Zone, Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2), aku maklum kepada urusetia tak dapat hadir. Bermula hari tu, aku dan keluarga jadi pengunjung setia Wad ICU di HRPZ2. 4 tahun lepas, berlaku tragedi oktober 2018, kami sekeluarga pengunjung setia Wad ICU 2 Delima, Hospital USM, Kubang Kerian. 4 tahun lepas Allah nak uji kesetiaan seorang isteri. Tahun ni Allah nak uji pula sayangnya seorang suami…
Semalam, isteri dikejutkan dengan berita anak saudara dia jatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang ke jeti di Pulau Kambing, Terengganu setelah selesai menangkap ikan. Lepas melawat mak tengahari tu di ICU HRPZ2 terus aku balik ke kampung isteri di Bachok.
Jam 4 petang lebih, aku gerak ke Kuala Terengganu untuk hantar pakaian dan kelengkapan lain ke sana memandangkan ayah mertua, ipar duai yang ke sana awal pagi pergi sehelai sepinggang.
Singgah solat Asar di Masjid Al-Mustaqeen, Kampung Gemuruh, Kuala Nerus, Terengganu.
Pukul 7 mlm aku sampai di Pulau Kambing, operasi misi mencari masih dijalankan. Lepas berehat untuk solat maghrib dan isya’ di homestay yang disediakan oleh tauke bot untuk keluarga mertua, aku dan isteri berangkat pulang ke Kota Bharu.
Kami singgah sebentar di Kedai Koffie sebab aku tengah lapar. Hahaha… Kedai Koffie ni terletak di Losong Haji Long, Kampung Losong Wan NIk, Kuala Terengganu menyediakan sajian tempatan dan barat. Aku order chicken chop dan air herbal soda, isteri aku order spicy korean chicken dan kurma milky dan anak aku macam biasa fries dan strawberry milky. Makanan boleh tahan la dan tak menunggu lama.
Selesai isi perut, kami teruskan perjalanan pulang ke Kota Bharu. Alhamdulillah selamat sampai jam 12.15 tengah malam tadi. Kepala hari ni rasa berat je.. plus letih dan mengantuk. Apa-apa pun, semoga mak bertambah sihat, cepat keluar hospital dan anak saudara isteri aku yang hilang di laut dapat dijumpai hari ni. Amiin.
2 Comments
[…] temankan mak di HRPZ2. Sampai rumah, aku whatsapp urusetia yang aku tak boleh hadir untuk program taklimat EKSA di Terengganu pada 22-24 Jun. Aku whatsapp bos pukul 2.30 pagi untuk mohon emergency leave. Pukul 9 pagi, mak dipindahkan ke wad […]
[…] nak singgah sekejap kat jeti Pulau Kambing atau Pantai Teluk Ketapang untuk mengubat rindu pada anak saudara dia yang masih hilang di laut akhir bulan Jun baru ni. Dia cakap tak nak. So aku teruskan perjalanan balik ke Kelantan melalui jalan […]