Panduan Memilih Pemimpin PRU15 : Pena Hijau

Panduan Memilih Pemimpin PRU15

ANE 20221110 memakmurkan bumi
Fungsi Manusia Memakmurkan Bumi
10 Nov 2022
Hikmah Sabar Di Sebalik Musibah
24 Nov 2022
ANE 20221110 memakmurkan bumi
Fungsi Manusia Memakmurkan Bumi
10 Nov 2022
Hikmah Sabar Di Sebalik Musibah
24 Nov 2022
parti pemimpin malaysia pru15
icon follow us

Dalam suasana pilihan raya (PRU15) sekarang, sebagai umat Islam menjadi tanggungjawab bagi kita memilih kalangan pemimpin yang mampu meletakkan Islam di tempat utama dalam sistem pemerintahan negeri dan negara. Seluruh pemimpin umat Islam wajib menjadikan  Rasulullah SAW sebagai model kepimpinan yang melengkapi sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Setiap pemimpin perlu benar dalam percakapan, amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, menyampaikan seruan dakwah amar makruf nahi mungkar dan bijaksana dalam bertindak mengikut landasan syariat. Kita sebagai umat Islam yang akan keluar mengundi pada 19 November ini perlu meletakkan panduan syarak dalam memilih pemimpin kita.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 118 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةًۭ مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًۭا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ ٱلْبَغْضَآءُ مِنْ أَفْوَٰهِهِمْ وَمَا تُخْفِى صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلْـَٔايَـٰتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ ١١٨

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang yang bukan dalam kalangan kamu (seperti orang yang Yahudi, Nasrani dan munafik) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan mudarat kepada kamu dan mereka menyukai apa-apa yang menyusahkan kamu dan telah nyata (tanda) kebencian daripada pertuturan mulut mereka bahkan apa-apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat (keterangan-keterangan) itu jika kamu memahaminya (memikirkannya).”

Dalam Islam, nilai utama pemimpin ialah sanggup mempertahankan syariat Islam dan membela umat Islam serta bukan berasaskan kepada kehebatan dalam menyampaikan ucapan. Dalam konteks ini, kita memerlukan seorang pemimpin Islam yang bertakwa kepada Allah SWT dan sekiranya tiada calon muslim, kita boleh memilih mereka yang bekerjasama dalam mentadbir negeri dan negara serta menghormati Islam, umat Islam dan memartabatkan sultan sebagai ketua agama. Kesilapan dalam memilih pemimpin akan menyebabkan negeri dan negara ini diperintah dan dikuasai oleh mereka yang membenci Islam, menghina orang Islam dan institusi diraja serta menafikan hak ketuanan Melayu. Rasulullah SAW memberi amaran keras kepada umatnya supaya jangan tersalah mengundi pemimpin. Sabda  Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Imam Bukhari :

“Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran. Seorang sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah saat kehancurannya.”

Mengundi pemimpin dalam pilihan raya ini adalah wajib dalam syarak. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak yang layak mengundi agar keluar mengundi memilih calon yang menyelamatkan Islam dan umat Islam. Janganlah sekali-kali memberi undi kepada
calon dan parti yang tidak mempertahankan Islam, membenci dan memusuhi Islam serta merendahkan institusi diraja atau yang  bersekongkol dengan parti yang memusuhi Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Haj ayat 41 :

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ ٤١

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan  (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Panduan Memilih Pemimpin PRU15
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more