Sampaikanlah Kami Ke Bulan Ramadhan : Pena Hijau

Sampaikanlah Kami Ke Bulan Ramadhan

umrah
Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah Tahun 2023
18 Jan 2023
Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444H
22 Mar 2023
umrah
Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah Tahun 2023
18 Jan 2023
Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444H
22 Mar 2023
ramadhan yang mulia
icon follow us

Hari ni dah pun 21 Syaaban. Berbaki 9 hari lagi untuk kita akan bertemu dengan Ramadan al-Mubarak. Adakah kita sudah bersedia? Apakah kebaikan yang kita mahu rebut pada bulan mulia yang semakin hampir ini?

Sedekah? Sekarang dah banyak masjid-masjid buka tawaran untuk sesiapa yang nak taja makanan berbuka puasa. Tak boleh sponsor penuh untuk satu hari tu, dapat sponsor sikit pun dah jadi. Lebih baik ada sikit daripada tiada langsung. Besar pahala bagi sesiapa yang bersedekah untuk orang berbuka puasa.

Khatam Al-Quran? Boleh ikut tips ni (Masjid Muhammad Ahmadi : Persediaan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak) untuk berjaya khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni.

Perbanyakkan Solat sunat? Sepanjang bulan Ramadhan ni, marilah sama-sama penuhkan masjid untuk solat terawih. Bulan Ramadhan je ada solat sunat terawih.. Bulan lain dah tak de.. Buatlah penuh sepanjang bulan mulia ni.. Jangan hanya di awal bulan je penuh masjid.. hujung-hujung bulan berapa saf je tinggal. Dan jangan lupa solat sunat witir kerana solat sunat witir adalah lebih utama daripada solat sunat terawih.

Tuntut ilmu agama? Dalam bulan puasa ni, biasalah kita akan berasa lapar, mengantuk. Apa kata daripada kita layan perasaan tu, kita dalami ilmu agama. Dengar kuliah-kuliah agama yang berlambak dalam youtube. Contohnya Tazkirah Ramadhan ni..

ataupun dalami hukum-hakam berkaitan puasa kat laman web Usrah Nurani : https://usrahnurani.com/tag/puasa/

 

Oleh itu, jom kita pulun pahala habis-habisan dalam bulan barakah yang ditunggu-tunggu ni. Bila tiap-tiap hari kita perbanyakkan amalan, buat sehabis baik, confirm akan mengena pada malam Lailatul Qadar juga. Di samping tu, jangan kita lupa kepada sahabat-sahabat, saudara-mara kita yang tak sempat untuk berada dalam bulan Ramadhan tahun 1444H. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

 

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah berkatilah kami di bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan”

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Sampaikanlah Kami Ke Bulan Ramadhan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more