Sampaikanlah Kami Ke Bulan Ramadhan
14 Mar 2023Cara Selamat Menyaksikan Gerhana Matahari
20 Apr 2023Selamat berpuasa dan salam Ramadhan 1444H/2023M. Insya Allah waktu Maghrib nanti, kita akan melangkah masuk ke dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan Ramadhan yang mulia. Bersediakan kita? Walaupun iblis dan syaitan diikat dalam bulan Ramadhan, kita perlu mengawal nafsu yang ada dalam diri kita dalam menghadapi segala ujian dan dugaan Allah kepada hamba-hambaNya yang berpuasa.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita ambil peluang untuk membuat segala amal sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Satu kerugian jika kita tidak ambil peluang berbuat kebaikan dalam bulan yang mulia ini kerana setiap amal kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Di samping itu, sentiasa lah istiqamah menghidupkan malam di bulan Ramadhan ini dengan solat sunat tawarih (Panduan Solat Sunat Tawarih Daripada JAKIM), tadarus al-Quran (Panduan khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan) dan lain-lain. Janganlah kita hangat-hangat tahi ayam, di awal malam Ramadhan, penuh masjid dan surau untuk solat tawarih. Tapi di hujung-hujung Ramadhan tinggal 2 3 saf sahaja. Semoga dengan istiqamah kita itu, insya Allah dengan izinNya kita akan berpeluang untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Untuk rujukan dan muatturun waktu imsak dan waktu berbuka puasa tahun 1444H bagi seluruh negeri di Malaysia, boleh rujuk Portal Rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/ms/ramadan-al-falah/waktu-berbuka-imsak
Satu-satu ibadah itu perlu ada niat. Berikut adalah panduan untuk niat puasa
- Lafaz Niat Puasa Sebulan. Niat ini dilakukan sekali sahaja, pada malam pertama Ramadan. Lafaz niatnya adalah :
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala - Lafaz Niat Puasa Harian. Mengikut mazhab imam As-Syafi’e, kita perlu berniat pada setiap malam. Lafaz niatnya adalah :
Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
Lawati laman web Usrah Nurani untuk tahu hukum hakam berkaitan dengan puasa.
Akhir kalam, selamat berpuasa buat semua pembaca blog Pena Hijau. Mohon maaf atas salah silap dalam penulisan. Moga solat kita, puasa kita dan segala amalan kita diterima dan berkati Allah.. amiin ❤
1 Comment
[…] Pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu. Tak lama lagi kita akan berpuasa dan berhari raya. Puasa tahun 1444H dah ganti ke […]