Settle Task Penukaran Server Kolej UNITI Kota Bharu : Pena Hijau

Settle Task Penukaran Server Kolej UNITI Kota Bharu

ANE 20230604 pesta lampu 03
[Video] Pesta Lampu Angkasawan
5 Jun 2023
ANE 20230723 aktiviti kafa
Red Light Alya
23 Jul 2023
ANE 20230604 pesta lampu 03
[Video] Pesta Lampu Angkasawan
5 Jun 2023
ANE 20230723 aktiviti kafa
Red Light Alya
23 Jul 2023
ANE 20230620 kolej uniti kota bharu
icon follow us

Minggu lepas Abey dapat whatsapp daripada client lama Abey, Encik Nasuha dari Kolej UNITI Kota Bharu (KUKB). Ceritanya macam ni, hosting lama KUKB guna server daripada KL Server net dan baru je expired. Pihak KUKB cuba nak renew balik dan call pihak KL Server net, tapi tak de respond. Ada sapa-sapa tahu ke KL Server net ada masalah ke sekarang ni? Abey tak pernah lagi guna servis diorang. Hosting mula-mula Abey dulu pun daripada Jomhosting.net. Antara hosting yang termurah di Malaysia. Support diorang pun okay.

Jadi Encik Nasuha ni berhasrat untuk tukar hosting server. Abey pun suggest la beberapa hosting server. Antaranya Exabytes, Hostinger dan Jomhosting. Apa fungsi hosting? Korang bleh baca post Abey sebelum ni Apa Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web Dan Blog.

Lepas pihak KUKB decide nak guna hosting Exabytes, Abey pun buat la sebutharga kepada pihak KUKB. Lepas setuju dengan harga Abey, malam tu Abey mula kerja-kerja backup fail web dan database laman web KUKB. Biasa lepas Isya’ la Abey buat kerja-kerja freelance ni. Tu pun kalau anak Abey tak de kerja sekolah. Kalau dia ada kerja sekolah dan perlu diajar, kena utamakan dia dulu la.

Settle pembelian hosting Exabytes, Abey upload balik fail web dan database ke hosting baru. Cuma satu je masalah timbul… domain tak boleh nak point ke server baru. Abey tak boleh nak akses ke Portal Selfcare MyNIC. Administrator portal tu, web developer pihak KUKB. Encik Nasuha pun dah call banyak kali tapi tak diangkat.

Adehh.. terpaksa Abey cari solusi lain. Abey try contact pihak MyNIC. Solusinya, pihak KUKB kena buat surat rasmi untuk tukar email administrator. 2 3 hari jugak la nak tunggu maklumbalas daripada pihak MyNIC. Selesai penukaran email admin, baru Abey boleh buat langkah forgot password. Dah login masuk portal Selfcare MyNIC, baru lah Abey dapat tukar nameserver. Point ke server baru. Proses penukaran nameserver ni pun ambik masa dalam 24-72 jam.

Alhamdulillah, akhirnya settle urusan Abey. Laman web Kolej UNITI Kota Bharu dan boleh diakses di https://unitikotabharu.edu.my.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Settle Task Penukaran Server Kolej UNITI Kota Bharu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more