Tips Jimat : Cabut & Kecilkan : Pena Hijau

Tips Jimat : Cabut & Kecilkan

ANE 20230614 tips jimat tunggu offer
Tips Jimat : Tunggu Offer
14 Jun 2023
ANE 20230712 automatik simpan
Tips Jimat : Automatik Simpan Lebih!
12 Jul 2023
ANE 20230614 tips jimat tunggu offer
Tips Jimat : Tunggu Offer
14 Jun 2023
ANE 20230712 automatik simpan
Tips Jimat : Automatik Simpan Lebih!
12 Jul 2023
ANE 20230711 cabut plug
icon follow us

Tips Jimat : Cabut & Kecilkan | Apa yang nak cabut dan apa yang nak kecilkan? Baiklah! Sekarang anda cuba check semua plug di rumah anda.
Ada tak sebarang peralatan elektrik yang tidak digunakan tetapi plugnya masih tersambung pada soket di dinding?

Jika ada cepat-cepat cabut plug tersebut dari soket di dinding. Plug yang selalu tersambung ini biasanya adalah plug komputer, plug lampu, plug microwave, plug periuk/cerek elektrik.. di mana, kita tak gunakan peralatan tersebut, tetapi plugnya tetap bersambung di socket. Alasannya senang nanti bila nak guna, hanya tekan suis sahaja!

No! No! No! Kalau alat tersebut tidak digunakan, jangan biarkan plug alat tersebut terus bersambung. Cabut cepat-cepat selepas guna!

Ini kerana, plug yang bersambung pada socket, walaupun suisnya sudah ditutup! Ia sebenarnya masih tetap mengalirkan arus elektrik dan menyebabkan pembaziran elektrik berlaku.

Ini bukan auta ya tetapi fakta.

Malah, ianya turut diakui oleh pihak TNB.

tnb-rasmi

Anda juga boleh lihat video penerangan Socket Plug Practical Leakage Test.

Anda mungkin boleh membuat penjimatan hampir 30% untuk bil elektrik sekiranya mengamalkan tips ini. Sekiranya bil bulanan anda sekitar RM100, bila amalkan tips ini, bil elektrik anda mungkin hanya sekitar RM70 sahaja.

Jimat banyak tu! Ini adalah tips yang sangat POWER, hanya perlu cabut plug sahaja! Terus dapat jimat bil elektrik! Tak perlu dah nak beli alat jimat elektik segala bagai!

Yang kedua… Kecilkan!

Ini adalah tips untuk jimat bil air! Caranya, mudah sahaja! Anda masuk ke dalam semua bilik air rumah anda dan pusingkan pili utama (pili yang kawal/sekat air ke kepala paip). Kecilkan sedikit bukaan ia (jangan buka sampai habis).

Sebabnya?

Sebab, selalunya apabila kita buka pili air, kita akan buka pili air tersebut sampai habis. Jadi air yang keluar sangat deras dan banyak. Terutama sekali jika kita ada anak-anak kecil yang suka buka pili air besar-besar sewaktu mandi dan dibiarkan terbuka walaupun ketika dia sedang sabun atau gosok gigi.

Jadi dengan cara mengecilkan bukaan pada pili utama, maka ia dapat perlahankan & kurangkan jumlah air yang keluar di kepala paip (walaupun dah pusing sampai habis).

Dengan melakukan tips ini, insya Allah anda akan dapat lihat pengurangan antara 10-20% pada bil air anda di bulan hadapan!

Cubalah ya!

Semoga tips ini dapat membantu anda mengurangkan 2 bil utama di rumah anda!

Jika anda rasa ia bermanfaat, boleh juga forward dan sharekan info ini kepada adik-beradik atau rakan-rakan anda yang lain.. 🙂

Sekian, selamat mencuba! Nak lagi tips, boleh dapatkan eBook di bawah.

123 tips jimat dan simpan

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Tips Jimat : Cabut & Kecilkan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more