Tips Jimat : Cabut & Kecilkan
11 Jul 2023Bas Percuma Untuk Pelajar IPTA/IPTS Sempena Pilihan Raya 12/8/2023
12 Jul 2023Tips Jimat : Automatik Simpan Lebih! | Untuk tips kali ini, saya ingin berkongsi tentang tips menyimpan pula. Tipsnya ialah… AUTOMATIK SIMPAN LEBIH!
Apa yang automatiknya? Apa yang lebihnya?
Begini…
Jika ikut praktis kewangan yang baik, mahu atau tidak setiap kali dapat gaji, kita perlu simpan 10% terlebih dahulu duit gaji yang kita terima ke akaun lain. Ya! Simpan dulu 10% sebelum anda gunakan duit tersebut untuk membayar sebarang bil, hutang dan sebagainya.
Jadi, untuk memastikan anda tidak tertinggal atau terlupa untuk buat simpanan 10% ini, maka saya sarankan anda membuat pemotongan wang secara automatik. Dari akaun CIMB/Maybank/Bank Islam (akaun terima gaji) anda, terus ke akaun Tabung Haji (akaun simpan duit) anda pada setiap bulan.
Sebenarnya anda boleh setup “Scheduled Transaction” (CIMB) atau “Standing Instructions” (Maybank) atau seumpamanya untuk membuat pemotongan terus dari akaun anda ke Tabung Haji secara automatik pada setiap bulan.
Macam mana nak buat? Boleh rujuk laman web rasmi bank masing-masing.
Setkan tarikh pemotongan tersebut pada 1-2 hari selepas tarikh biasa anda terima gaji! Jika anda biasa terima gaji pada 25-27hb, maka, anda boleh setkan pada tarikh 29/30hb setiap bulan.
Cuma di sini, saya nak share lebih sikit. Untuk amaun pemotongan tersebut, kalau boleh, anda jangan buat nombor genap. Contohnya seperti RM100 sebulan atau RM200 sebulan. Tetapi, anda cuba lebihkan sedikit agar menjadi nombor ganjil. Contohnya, RM127.90 sebulan atau RM219.70 sebulan.
Dengan cara ini, anda akan fikir anda hanya simpan RM100/RM200 sahaja sebulan. Jadi untuk setahun jumlahnya RM1200/RM2400.
Tetapi bila anda gunakan teknik simpan lebih ini, tanpa anda sangka di hujung tahun nanti anda dapati anda telah menyimpan RM1500/RM2600. Ianya lebih 2-3 ratus dari apa yang anda jangkakan!
Itu belum campur bonus & dividen tabung haji lagi. 🙂
Macam mana? Boleh buat tips ni?
Selamat mencuba!
Jika anda rasa tips ini bermanfaat, boleh juga sharekan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.. 🙂
Sekian, selamat mencuba! Nak lagi tips, boleh dapatkan eBook di bawah.