Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) : Pena Hijau

Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

ANE 20220801 introvert
Personaliti Introvert
1 Aug 2022
20231201 klikjer 01
Cara Buat Duit Dengan Klikjer
1 Dec 2023
ANE 20220801 introvert
Personaliti Introvert
1 Aug 2022
20231201 klikjer 01
Cara Buat Duit Dengan Klikjer
1 Dec 2023
ANE 20230703 penyakit buag pinggang kronik ckd
icon follow us

Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) | Lama dah sebenarnya Abey nak menulis pasal Penyakit Buah Pinggang Kronik atau Chronic Kidney Disease (CKD) sejak Mak Abey disahkan penghidap penyakit ni. Tapi tak berkesempatan untuk menulis. Boleh baca kronologi Mak Abey didiagnosis kena CKD tahun lepas.

PENGENALAN

Buah pinggang atau pun ginjal ni adalah organ penting dalam tubuh manusia yang berperanan dalam proses menapis dan menyingkirkan bahan buangan daripada darah. Kesihatan buah pinggang sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair, elektrolit dan pH dalam badan. Buah pinggang adalah sepasang organ retroperitoneal (bahagian rongga perut yang terletak di belakang peritoneum, membran yang biasanya melapisi bahagian dalam perut) berbentuk kacang yang terletak di sebelah kanan dan kiri badan, di belakang perut.

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk

  1. Menapis darah melalui berjuta-juta unit kecil nefron. Nefron bertanggungjawab menapis bahan buangan dan berbahaya daripada darah melalui air kencing.
  2. Menyelenggara keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan. Air yang berlebihan, garam dan sisa metabolisme dari badan dikeluarkan melalui air kencing.
  3. Menghasilkan hormon penting seperti erythropoietin yang merangsang pembentukan sel darah merah dan renin yang mengawal tekanan darah.

Buah pinggang yang sihat sepatutnya

  • Kadar penapisan glomerular (GFR) > 90%
  • Kreatinin < 120 umol/l
  • Urea < 5.6 mmol/l
  • Hemoglobin (HGB) – Lelaki >14 g/dL; Perempuan >12 g/dL
  • Urine Protein = 0

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK (CKD)

CKD adalah satu penyakit di mana buah pinggang hilang keupayaannya untuk mengeluarkan sisa dan cecair daripada darah secara beransur-ansur. Dengan kehilangan fungsi tersebut, sisa kumuhan dan cecair berlebihan akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan seseorang itu berasa kurang sihat.

CKD dianggap sebagai penyakit “senyap” kerana penghidap tidak sedar gejala penyakit ni hingga berada di tahap akhir. Golongan yang mempunyai penyakit kronik lain seperti diabetes dan darah tinggi berisiko mendapat CKD. Oleh itu, golongan ni seeloknya jalankan ujian air kencing dan darah untuk periksa tekanan darah dan fungsi buah pinggang secara berkala.

PERINGKAT PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK (CKD)

CKD dikategori kepada 5 peringkat bergantung kepada kemampuan buah pinggang untuk menapis darah. Kadar penapisan glomerular (GFR) akan menunjukkan kadar fungsi buah pinggang seseorang.

GFR akan dikira dengan menggunakan beberapa input seperti usia, jantina, bangsa dan juga tahap kreatinin (sisa buangan dalam darah). Jika GFR rendah, bermakna buah pinggang tidak berfungsi sebaik mungkin. Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (National Kidney Foundation Malaysia) ada sediakan kalkulator online untuk mengira GFR.

Lima peringkat CKD dan GFR sebagaimana berikut :

  1. GFR melebihi 90. Peringkat awal. Buah pinggang masih dapat berfungsi dengan normal.
  2. GFR 60-89. Peringkat awal. Kehilangan fungsi buah pinggang masih ringan.
  3. GFR 30-59. Peringkat awal. Kehilangan sederhana fungsi buah pinggang.
  4. GFR 15-29. Peringkat akhir. Kerosakan telah menyebabkan kehilangan teruk fungsi buah pinggang.
  5. GFR kurang daripada 15. Peringkat akhir. Kegagalam fungsi buah pinggang.

SIMPTOM-SIMPTOM CKD

Tanda-tanda penyakit buah pinggang biasanya mula muncul pada peringkat 3, tetapi kadangkala ia tidak muncul sehingga tahap 4. Semasa tahap 4, simptom-simptom adalah lebih lazim dan bertambah teruk apabila fungsi buah pinggang semakin merosot. Antara simptom-simptom CKD :

  • Kelesuan
  • Bengkak di tangan dan kaki anda
  • Perubahan warna atau isipadu air kencing
  • Kekejangan otot
  • Gatal-gatal
  • Kurang selera makan
  • Sesak nafas
  • Bengkak mata
  • Mual dan rasa tidak enak dalam mulut
  • Masalah tidur
  • Perubahan warna kuku dan kulit

Macam Mak Abey, asalnya selalu mengadu sakit pinggang. Abey ingatkan tu disebabkan faktor usia. Lepas tu keletihan melampau hingga nak solat secara duduk pun kena ada orang jaga. Satu lagi kesejukan atau dalam bahasa perubatan dipanggil anemia. Walaupun dalam suhu bilik, Mak Abey sejuk sampai berselimut. Tanda buah pinggang Mak tak dapat nak hasilkan hormon untuk rangsang pembentukan sel darah merah atau hemoglobin (HGB).

PUNCA-PUNCA CKD

Antara punca yang paling ketara :

  1. Diabetes (Kencing Manis)
  2. Hipertensi (Darah Tinggi)
  3. Penyakit buah pinggang polisistik (PKD)
  4. Systemik lupus erythematosus (SLE)
  5. Glomerulonefritis (Radang Buah Pinggang)
  6. Pyelonefritis kronik
  7. Batu Karang

FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO CKD

Antaran faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu menghidap CKD :

  1. Obesiti. Indeks jisim badan (BMI) yang tinggi akan meningkatkan keperluan metabolism badan dan menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis sisa. Berat badan yang tidak terkawal juga boleh meningkatkan risiko diabetes dan hipertensi.
  2. Merokok. Merokok akan merosakkan salur darah dan seterusnya masalah sakit jantung. Jantung, saluran darah atau arteri yang rosak boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang dan membawa kepada kerosakan buah pinggang.
  3. Penuaan.
  4. Genetik. Penyakit genetik yang diwarisi seperti penyakit buah pinggang polisistik (PKD) dan glomerulonefritis, boleh menyebabkan CKD.
  5. Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  6. Pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu/trans, garam dan gula.
  7. Pengambilan minuman alkohol
  8. Gaya hidup yang tidak aktif

RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK (CKD)

Ada pelbagai pilihan rawatan untuk CKD. Kebanyakan pesakit CKD peringkat akhir dirawat dengan dialisis sama ada Dialisis Peritoneal (PD) di rumah sendiri atau Hemodialisis di pusat rawatan. Pilihan alternatif lain seperti pemindahan buah pinggang dan penjagaan konservatif.

Setiap rawatan mempunyai kelebihan tersendiri. Mak Abey pernah ditawarkan untuk buat PD. Mak, Ayah dan Abey sendiri pernah hadiri kaunseling berkaitan dialisis di hospital. Tapi Mak Abey tak bersedia lagi. Abey tanya berkaitan pemindahan buah pinggang pun tak boleh buat sebab berisiko disebabkan Mak ada diabetes.

Selepas Abey syorkan Mak Abey jalani satu program berkaitan CKD di luar hospital, melalui bacaan Abey dan pengalaman orang berkaitan CKD, Mak Abey ambil alternatif lain. Antaranya :

  1. Bersauna. Dengan bersauna ni, lebihan air dalam badan boleh dikeluarkan melalui liang-liang roma kulit.
  2. Berbekam dapat mengeluarkan darah kotor. Lagi pun, berbekam ni salah satu sunnah Nabi SAW dalam penyembuhan penyakit (rujuk hadis riwayat Bukhari). Tapi perlu diingat sebelum berbekam tu, pastikan paras Hemoglobin (HB) yang sesuai (HGB > 10 g/dL)
  3. Jaga pemakanan. Kawal pengambilan protein, potasium, sodium. Kami adik-beradik siap lekat kat peti sejuk apa makanan/buah yang boleh Mak makan dan yang perlu Mak elak makan.
  4. Sayur-sayuran yang tinggi kandungan potasium, kena rendam dulu dalam 20 minit untuk kurangkan kandungan potasium
  5. Menggunakan beras basmati. Seeloknya beras merah, beras bario atau makanan yang Indeks Glisemik (GI) rendah.
  6. Diet barli (tepung barli, air barli kosong)
  7. Minum 1 sudu madu lebah asli setiap hari. Mak Abey guna produk Forever Bee Honey. Boleh contact adik ipar Abey kalau ada yang nak nanti.
  8. Guna minyak zaitun untuk masak.
  9. Puasa sunat Isnin dan Khamis (yang ni Abey ada syorkan kat Mak. Tapi tak dapat buat lagi. Kalau dapat buat, sekurang-kurangnya buah pinggang dapat “berehat” 2 hari seminggu)
  10. Amalkan makan mata putih lembu. Dari segi saintifik tak dapat dibuktikan keberkesanan tapi adik ipar kepada bapa saudara Abey yang ada CKD amalkan makan mata lembu. Alhamdulillah, berkesan. Yang ni Mak Abey tak sanggup nak makan. Abey pernah buat balik sepasang mata lembu. 😂
  11. Mertua Abey ada bagitahu pasal buah kulim. Datuk sepupu Abey pun yang buat perubatan tradisional pun ada bagitahu pasal mata lembu, buah kulim, ubi gegeli untuk rawatan buah pinggang. Dia juga yang syorkan satu produk ni. Jus Tiyara. Dalam Jus Tiyara ni ada air rebusan herba-herba yang baik untuk buah pinggang seperti buah kulim, ubi gegeli, arabic gum, nenas batu, kunyit, mata pelanduk, akar tengkuk biawak, misai kucing, dukung anak dan belalai gajah. Produk Jus Tiyara boleh dibeli di sini.

Alhamdulillah sehingga kini, daripada bacaan kreatinin 400 lebih tahun lepas, kini 179 (Mei 2023). Harapnya temujanji bulan September ni makin bertambah baik.

KESIMPULAN

Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai peranan dalam mengekalkan kesihatan tubuh manusia. Dalam mengekalkan kesihatan buah pinggang, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda masalah seperti sakit pinggang, perubahan dalam corak kencing, bengkak, dan keletihan yang berlebihan.

Ambillah langkah-langkah pencegahan seperti minum air yang mencukupi, mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam secara teratur.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more