Kalendar Tahun 2025 Negeri Kelantan
13 Dec 2024KL WordPress Meetup Jan 2025 | Jom sertai komuniti WordPress Malaysia untuk acara yang penuh dengan ilmu, perkongsian pengalaman dan peluang meluaskan lagi rangkaian. KL WordPress Meetup Januari 2025 akan diadakan pada hari Sabtu, 04 Januari 2024 jam 09:00 pagi hingga 01:00 tengahari bertempat di WORQ Sunway Putra, Kuala Lumpur (Berhadapan dengan WTC, KL). Masuk adalah PERCUMA!!
Antara agenda KL WordPress Meetup Jan 2025 :
- Pengenalan
- WordPress Full Site Editing (FSE)
- WordPress dan WooCommerce
- Hosting dan WordPress
- Menyumbang kepada projek WordPress
- Networking
Antara panel pembentangan dalam acara ini :
- Al-Hadee Mohd Roslan – Seorang penggiat dan pengguna WordPress. Memulakan minat membina laman web menggunakan Blosxom, OpenCart, DotNetNuke, Mambo dan lain lain sebelum mencuba WordPress 2.1. Terus kekal dengan WordPress sehingga hari ini.
- Kapten Syahruddin bin Zainul TUDM(B) – Telah menggunakan WordPress semenjak tahun 2007/08. Bermula dengan menjual barangan golf secara blogging. Diteruskan mengunakan WordPress dengan beberapa perniagaan lain dan masih juga menggunakan WordPress sehinggalah sekarang. Mencuba pelbagai medium shop online seperti OpenCart, Prestashop, Joomla, Blogspot dan lain-lain. Namun kekal bersama WordPress. Kenapa? Nantikan perkongsiannya.
- Faizal Bahasan – Pengarah di KITSB, sebuah syarikat teknologi berusia 10 tahun yang mengkhususkan dalam bidang hosting, gerbang pembayaran, SaaS dan perkhidmatan keselamatan. Berpengalaman dalam peranan kepimpinan, termasuk CTO. Aktif dalam komuniti WordPress Malaysia dan perbincangan politik.
Sama ada anda seorang pengguna baru atau pakar WordPress, acara ini sesuai untuk anda! Berminat untuk sertai acara ini? Boleh DAFTAR DI SINI.