Menuju Ke Gerbang Ramadhan : Pena Hijau

Menuju Ke Gerbang Ramadhan

20230908 taubat istiqamah solat
Rahsia Ibadah Dalam Islam
23 Feb 2025
20230908 taubat istiqamah solat
Rahsia Ibadah Dalam Islam
23 Feb 2025
20210410 ramadhan yang mulia
icon follow us

Menuju Ke Gerbang Ramadhan | Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalan manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)”

Umat Islam seharusnya menyambut bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan penghormatan. Kita hendaklah berazam dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal kebaikan seperti bertadarus Al-Quran sehingga khatam, bersedekah, solat berjemaah dan memakmurkan masjid, menghidupkan malam dengan qiamullail, melazimi zikir, menyediakan juadah untuk berbuka puasa sebagainya.

Sabda Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bermaksud :

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi, Allah telah mewajibkan ke atas kalian berpuasa di bulan itu. Dibukakan padanya pintu-pintu langit dan ditutupkan juga pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang daripada memperolehi kebaikan malam itu, maka sesungguhnya ia telah terhalang daripada kebaikan yang besar”

(Hadis Riwayat An-Nasaii)

Antara persediaan menuju ke gerbang Ramadhan yang mulia ini, kita seharusnya mengikhlaskan ibadah kerana Allah dan berazam menjaga diri daripada perkara yang boleh merosakkan kesuciannya.

Puasa yang difardhukan kepada kita adalah sebagai latihan untuk tubuh kita, membiasakan diri dengan kesabaran dan menahan diri daripada sikap buruk. Kesemua ini memberi kebaikan kepada kita dan tanda ketaatan sebagai hamba Allah.

Antara faedah ibadah puasa dan tujuan sebenarnya adalah bagi membina ketakwaan dalam diri mereka yang beriman, agar dapat dibawa sehinggalah ke akhir hayat.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa”

Antara hikmah berpuasa juga adalah dapat menahan semua anggota tubuh daripada melakukan perkara maksiat dan sia-sia seperti :

  1. Menjaga lidah daripada bercakap bohong, memfitnah dan mengumpat
  2. Menghindari telinga daripada mendengar perkara yang tidak baik dan umpat keji
  3. Menahan mata daripada melihat perkara yang haram

Sabda Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bermaksud :

“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatannya, maka Allah tidak memerlukan dia untuk meninggalkan makanan dan minumannya”

(Riwayat Al-Bukhari dan Lain-lainnya)

Kesimpulannya, marilah kita menjadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai madrasah tarbiah supaya amalan dan hati nurani kita menjadi bersih, terus berpegang teguh pada kebaikan dan kebajikan di samping menghiasi diri dengan akhlak yang mulia.

Justeru itu, persiapkanlah diri dan jiwa kita bagi menyambut kedatangan Ramadhan kali ini dengan bekalan ilmu yang terbaik dan niat yang benar. Pelajarilah hukum hakam puasa, solat tarawih, cara bacaan Al-Quran dengan baik agar ibadah di bulan mulia kali ini dilebihkan ganjaran pahalanya untuk bekalan di alam akhirat kelak. Aaamiiin

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Menuju Ke Gerbang Ramadhan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more