Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran : Pena Hijau

Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran

20240314 ramadhan madrasah tarbiyah masjid keluarga puasa
Ramadhan Gelanggang Menggandakan Amalan
6 Mar 2025
20240314 ramadhan madrasah tarbiyah masjid keluarga puasa
Ramadhan Gelanggang Menggandakan Amalan
6 Mar 2025
20240328 nuzul quran
icon follow us

Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran | Al-Quran telah diturunkan daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia pada malam Lailatul Qadar, kemudian diturunkan kepada Baginda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bermula pada 17 Ramadan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun.

Di dalam al-Quran telah disebutkan secara jelas hikmah penurunan AlQuran. Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran yang menerangkan antara rahsia dan tujuan ia diturunkan untuk kita sama-sama hayati :

Pertama : Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah an-Nahl ayat 89 :

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ تِبْيَـٰنًۭا لِّكُلِّ شَىْءٍۢ وَهُدًۭى وَرَحْمَةًۭ وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur’an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang Islam”

Al-Quran menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dengan kandungannya yang membawa penjelasan dan keterangan. Ia juga membezakan perkara yang baik dan buruk.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”

Kedua : Al-Quran sebagai nasihat yang berguna dan penawar yang mujarab kepada penyakit hati

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Yunus ayat 57 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌۭ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ٥٧

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”

Yang ketiga : Al-Quran memberi keterangan berkenaan kisah-kisah umat terdahulu untuk dijadikan pengajaran

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Yusuf ayat 111 :

لَقَدْ كَانَ فِى قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌۭ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًۭا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَىْءٍۢ وَهُدًۭى وَرَحْمَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يُؤْمِنُونَ ١١١

“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”

Keempat : Al-Quran sebagai peneguh iman dan berita gembira buat kaum muslimin

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala Surah An-Nahl ayat 102 :

قُلْ نَزَّلَهُۥ رُوحُ ٱلْقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِٱلْحَقِّ لِيُثَبِّتَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهُدًۭى وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ١٠٢

“Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam”

Dengan memahami hikmah Nuzul Al-Quran ini, ia menjadikan kita mukmin yang lebih menghayati isi kandungan Al-Quran yang mulia. Tiada cara lain untuk mencapai maksud Al-Quran diturunkan melainkan dengan mendampinginya, membacanya dan mengambil pengajaran dari hidayatnya dan disusuli dengan penghayatan dan amalan. Al-Quran merupakan kitab suci yang istimewa, sesiapa yang membacanya walaupun tanpa memahaminya tetap akan dikurniakan pahala membacanya, lebih-lebih lagi dibaca dalam bulan Ramadan.

Semoga kita terpilih untuk menjadi teman al Quran yang mendapat syafaatnya. Sabda Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

‏ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana al-Quran akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya”

(Hadis Riwayat Muslim : No. 804)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more