Financial Markets Ombudsman Service (FMOS): Penyelesaian Pertikaian Kewangan di Malaysia : Pena Hijau

Financial Markets Ombudsman Service (FMOS): Penyelesaian Pertikaian Kewangan di Malaysia

20250922 setel
Harga RON95 RM1.99 & Aplikasi Setel: Cara Mudah Tebus Subsidi Bahan Api
22 Sep 2025
20250922 setel
Harga RON95 RM1.99 & Aplikasi Setel: Cara Mudah Tebus Subsidi Bahan Api
22 Sep 2025
20251001 fmos
icon follow us

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini Abey ada terbaca satu posting di Facebook, seorang pesara kerajaan dengan jawatan tertinggi dalam sebuah jabatan persekutuan hilang duit di dalam akaun bank disebabkan tertipu oleh scammer. Ada satu komen di posting tersebut menyebut tentang Financial Markets Ombudsman Service (FMOS) – satu badan bebas yang ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara pengguna dengan penyedia perkhidmatan pasaran kewangan di Malaysia. Menariknya, ia berperanan sebagai orang tengah supaya masalah kewangan dapat diselesaikan secara adil, cepat dan tanpa kos guaman yang tinggi.

Ramai yang mungkin belum biasa dengar FMOS ni, tapi sebenarnya ia sangat penting terutama bagi kita yang terlibat dengan produk kewangan.


📌 Peranan & Fungsi FMOS

Perkara Penerangan
Tujuan Menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan penyedia perkhidmatan pasaran kewangan.
Ciri Utama Bebas, neutral, percuma untuk pengguna.
Siapa Yang Dilindungi Individu, perniagaan kecil & sederhana (PKS) tertentu.
Jenis Kes Berkaitan produk kewangan seperti pelaburan, insurans, sekuriti dan perkhidmatan pasaran kewangan lain.
Kelebihan Penyelesaian lebih cepat, kos rendah, adil tanpa perlu ke mahkamah.

❓ Beberapa FAQ berkenaan FMOS

S : Apakah itu FMOS dan apakah perkhidmatan yang disediakan oleh FMOS?

J : Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) ditubuhkan pada 1 Januari 2025 melalui penggabungan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). FMOS menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian yang bebas, adil dan percuma kepada pengguna dan pelabur kewangan yang tidak dapat menyelesaikan aduan mereka dengan penyedia perkhidmatan kewangan atau pengantara pasaran modal.

S : Apakah itu Ombudsman?

J : Ombudsman ialah individu atau badan yang bebas yang menangani dan menyelesaikan pertikaian secara adil dan cepat tanpa melalui mahkamah atau saluran perundangan yang lain.

S : Siapa yang layak membuat aduan kepada FMOS?

J : Pengadu yang layak adalah pengguna kewangan, perusahaan kecil dan sederhana, atau pelabur yang menggunakan atau telah menggunakan perkhidmatan atau produk kewangan yang disediakan oleh Ahli FMOS yang merupakan penyedia perkhidmatan kewangan atau pengantara pasaran modal.

  • Seorang pengguna kewangan yang menggunakan atau pernah menggunakan perkhidmatan atau produk kewangan yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Kewangan:
    1. untuk tujuan peribadi, domestik atau isi rumah; atau
    2. berkaitan dengan perniagaan kecil.
  • Seorang pelabur individu atau pemilik tunggal yang terlibat dalam urus niaga atau transaksi berkaitan perkhidmatan atau produk pasaran modal yang melibatkan Ahli.

S : Apakah jenis pertikaian yang boleh dikendalikan oleh FMOS?

J : FMOS menerima pertikaian yang melibatkan kerugian kewangan langsung sehingga RM 250,000.00 terhadap:

  • Aduan perbankan mengenai pinjaman dan pembiayaan, kewangan Islam, salah jual, transaksi tanpa kebenaran melalui ATM, kad Debit/Kredit, perbankan internet atau e-dompet.
  • Tuntutan insurans/takaful untuk hayat, perubatan, motor, bukan motor umum, perjalanan, dan tuntutan kerosakan harta pihak ketiga.
  • Produk pasaran modal seperti sekuriti termasuk saham, unit amanah, waran, bon runcit, produk berstruktur seperti waran berstruktur, dll., derivatif (contohnya, niaga hadapan atau pilihan), dan Skim Persaraan Persendirian (PRS) atau menjalankan aktiviti pengurusan dana.

FAQ selanjutnya boleh rujuk di laman web rasmi FMOS.


🎯 Kenapa Penting Untuk Kita Tahu FMOS?

Bagi Abey, pengetahuan tentang FMOS ni sangat berguna. Kadang-kadang kita sebagai pengguna rasa kecil bila berdepan isu dengan institusi kewangan yang besar. Dengan adanya FMOS, ada saluran aduan yang sah untuk kita pertahankan hak secara profesional dan adil.

Selain itu, ia juga bantu tingkatkan kepercayaan terhadap sistem kewangan negara sebab ada badan neutral yang memantau.


Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan mengingati Abey 🙏. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua, terutama bila melibatkan isu kewangan.

👉 Apa pendapat anda tentang FMOS ni? Adakah anda pernah alami pengalaman membuat aduan berkaitan produk kewangan? Jom kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like, share dan subscribe blog Abey supaya lebih ramai tahu tentang FMOS.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Financial Markets Ombudsman Service (FMOS): Penyelesaian Pertikaian Kewangan di Malaysia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more