6 Tips Simpan Duit : Pena Hijau
20240119 wahed invest
Modal Pelaburan Percuma RM10 Dengan Berdaftar di Wahed Invest
19 Jan 2024
20240129 pelaburan di malaysia
Jenis-Jenis Pelaburan Di Malaysia
29 Jan 2024
20240119 wahed invest
Modal Pelaburan Percuma RM10 Dengan Berdaftar di Wahed Invest
19 Jan 2024
20240129 pelaburan di malaysia
Jenis-Jenis Pelaburan Di Malaysia
29 Jan 2024
20240121 tips jimat duit kertas
icon follow us

6 Tips Simpan Duit | Sama ada anda bekerja, suri rumah, pelajar atau siapa pun anda perlu menyimpan duit atau mempunyai duit simpanan atau savings sendiri. Ada banyak cara untuk buat savings, bergantung kepada kesesuaian gaya hidup anda dan juga perbelanjaan keluarga masing masing. Tak kisahlah kalau kita mampu untuk savings sedikit kerana peribahasa Melayu mengatakan “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit“.

Tips yang akan dikongsikan ni hanyalah sekadar guideline sahaja. Tak semestinya kena ikut 100%. Anda boleh adjust mengikut kemampuan anda. Semoga berjaya 😄.

#1 : Simpan Duit Mengikut Warna Wang Kertas

Anda boleh simpan duit mengikut warna wang kertas. Setiap kali wang kertas tu ada dalam wallet, anda keluarkan dan masukkan ke dalam tabung simpanan. Cukup hujung bulan, bank in dalam akaun. Contohnya, anda pilih wang kertas RM20 (sebab jarang jumpa 😊). So asalkan wang kertas RM20 ada masuk dalam wallet, JANGAN guna. Sila simpan dalam tabung. Anda juga boleh pilih wang kertas RM1, RM5 atau mana-mana wang kertas mengikut pilihan anda. Pokok pangkalnya kena ada KOMITMEN dan BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam menabung.

20240121 tips jimat duit kertas ikut warna

#2 : Simpan Duit Secara Mingguan Atau Bulanan Dan Mengikut Nilai Yang Ditetapkan

Cara menyimpan sebegini juga menarik. Setiap minggu atau setiap bulan, anda akan asingkan sebahagian duit belanja atau duit lebihan dan nilai tabungan mengikut ketetapan anda. Yang penting anda perlu KONSISTEN menabung secara mingguan atau bulanan.

Contohnya setiap hari anda menyimpan RM1 dalam tabung. Cukup setahun anda dah ada savings RM365. Contoh lain :

  1. 2 keping RM5 seminggu. Hujung tahun anda ada savings RM520
  2. 2 keping RM10 seminggu. Hujung tahun anda ada savings RM1040
  3. 2 keping RM20 sebulan. Hujung tahun anda ada savings RM480

#3 : Kurangkan Aktiviti Makan Di Luar, Masak Sendiri, Bawa Bekal Dan Reward Diri Sendiri

Dengan cara mengurangkan aktiviti makan di restoran atau cafe dan membawa bekal setiap kali keluar rumah, anda boleh jimat sekitar RM20 untuk dua orang makan.

Tidak salah jika anda nak makan di restoran atau cafe, tapi kekerapan dikurangkan. Setiap kali anda berjaya menahan diri dari makan di restoran, anda boleh REWARD diri sendiri dengan memasukkan RM10 (atau mengikut pilihan anda) ke dalam tabung anda.

Jika anda perlu keluar berjalan-jalan seperti pulang ke kampung atau road trip keluarga, sediakanlah bekal. Anda boleh berjimat banyakjika membawa bekal atau bento box. Anda juga boleh pilih tempat makan yang selesa, aman damai sambil menikmati alam sekeliling dan close to nature.

Anda juga boleh ajarkan anak-anak supaya membawa bekal ke sekolah. Selain dapat jimatkan duit belanja ke sekolah, makanan anak-anak juga dah terjamin.

20240121 tips jimat bento box

Pilihan bento box menarik di Shopee

#4 : Rekod Perbelanjaan Mingguan/Bulanan Dan Buatlah Pembelian Dengan Berhemah

Setiap kali anda merancang untuk membeli barang keperluan, catatlah barangan yang perlu dibeli dan kira bajet anda supaya anda tidak tersasar jauh semasa membeli. Setiap kali ada lebihan bajet, terus menabung dan tahan diri dari berbelanja atas perkara yang tidak perlu. Untuk memudahkan urusan rekod, anda boleh install aplikasi dalam telefon yang boleh merekodkan perbelanjaan anda.

#5 : Membuat Simpanan Emas/Unit Trust/ASB/Simpanan Pelaburan Lain

Ramai yang tahu betapa emas merupakan simpanan yang stabil kerana harganya yang sentiasa naik dari semasa ke semasa dan harga emas ni, JARANG sangat untuk turun merudum. Selain daripada beli emas fizikal, anda boleh membuka akaun simpanan emas yang patuh syariah seperti di Public Gold (Akaun Emas GAP) atau Quantum Metal.

Selain itu, ada pilihan lain seperti simpanan melalui unit trust, simpanan ASB atau pun Tabung Haji.

Kalau anda ingin membuat investment savings yang mudah, anda boleh melabur melalui Wahed Investment. Wahed mempunyai kelulusan Security Commission dan panel penasihat syariah. So, anda boleh melabur tanpa rasa ragu-ragu tentang kehalalannya. Anda boleh muat turun aplikasi Wahed Investment dan masukkan kod ahmbin1640 untuk dapatkan modal percuma sebanyak RM10.

#6 : Savings 20% Duit Hasil Jualan/Pendapatan Tetap/Sampingan

Sekarang ni, banyak syarikat menawarkan sesiapa sahaja untuk menjadi AFFILIATE / DROPSHIP / AGENT untuk produk mereka sama ada secara percuma atau dikenakan bayaran tertentu. Antaranya seperti :

  1. Klikjer Publishing yang menawarkan pelbagai produk ebook.
  2. Agent Topup untuk pelbagai produk telco, pembayaran bil, utiliti dan lain-lain

Sekiranya anda ada sales pada bulan lepas, anda boleh ambil 20% keuntungan jualan produk tu untuk simpanan.

Sekian tips untuk kali ini. Selamat menabung semua. Semoga duit tabungan tadi dapat digunakan untuk perkara yang berfaedah. 😀

Semoga bermanfaat.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
6 Tips Simpan Duit
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more