Jom Bebas Hutang : Hidup Merdeka Tanpa Hutang : Pena Hijau

Jom Bebas Hutang : Hidup Merdeka Tanpa Hutang

ebook Instagram Ads Turbo
IG Ads Turbo : Lajukan Jualan Dengan Instagram Story Ads
24 Mar 2019
ebook bisnes makan delivery
Bisnes Makan Delivery
10 Jul 2020
ebook Instagram Ads Turbo
IG Ads Turbo : Lajukan Jualan Dengan Instagram Story Ads
24 Mar 2019
ebook bisnes makan delivery
Bisnes Makan Delivery
10 Jul 2020
ebook Jom Bebas Hutang

ebook Jom Bebas Hutang

icon follow us

INGIN HIDUP BEBAS TANPA HUTANG?

MARI SAYA TUNJUKKAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!

Assalammualaikum & salam sejahtera sahabat!
Pada zaman kini, sememangnya agak sukar untuk kita hidup tanpa hutang!
Nak sambung belajar, nak beli kereta, nak beli rumah… semuanya memerlukan pada jumlah wang yang agak besar, dan sememangnya, tidak ramai yang berkemampuan untuk mendapatkan semua perkara itu secara tunai!
Nak tak nak, kena juga berhutang!
BERHUTANG itu TIDAK SALAH! Yang menjadi kesalahan, ialah apabila tidak mahu membayarnya!
Hakikatnya… tiada cara lain untuk selesaikan masalah hutang.. KECUALI… satu cara sahaja…iaitu, dengan cara…BAYAR HUTANG!
Persoalan yang lebih tepat dan perlu ditanya!…. Bagaimana untuk membayar hutang?
Hah! Soalan ini lah yang ingin saya kongsikan jawapannya!

AMARAN!.

Jika anda mencari kaedah atau cara menyelesaikan hutang TANPA perlu membayar satu sen pun kepada pihak yang anda berhutang!
Saya minta maaf! Anda boleh berhenti membaca dan tinggalkan halaman ini!
Hutang… mesti dibayar! Itu mindset yang perlu ada di fikiran anda!
Jika anda berfikir, hutang anda boleh selesai tanpa perlu anda membayarnya!
Sekali lagi saya minta maaf! Anda boleh tinggalkan halaman ini.

BAGAIMANA NAK BAYAR HUTANG?

Perkara pertama yang perlu ada di dalam fikiran dan mindset anda ialah… “Bagaimana Untuk Saya Membayar & Melangsaikan Hutang Saya?
Jika niat seperti itu sudah ada dalam diri anda.. InsyaAllah.. ianya akan dipermudahkan!
Mari kita lihat pada dua hadis ini yang bercakap tentang “NIAT Membayar Hutang!

“Jika seorang Muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahawa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia,”

Riwayat Ibnu Majah

“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.”

Riwayat Imam Bukhari
Ini menunjukkan… “NIAT” , atau keinginan untuk membayar hutang itu sebenarnya adalah sangat penting dan powerful!
Jika anda mempunyai niat yang kuat untuk melangsaikan hutang anda…. insyaAllah, Allah akan permudahkan dan akan tunjukkan jalannya.
Dan.. mungkin itu juga menjadi asbab.. mengapa anda menjumpai website ini!

OPS! SIAPA SAYA?

Oh ya! Sebelum saya bercerita panjang lebar pasal hidup bebas hutang ini!… Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu!
Nama saya…. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, mungkin anda sudah mengenali saya dan juga mungkin belum! Saya adalah seorang pakar motivasi dan sering memberikan ceramah motivasi kepada ramai orang sejak 19 tahun yang lalu. Sepanjang karier saya ini saya telah bertemu pelbagai ragam dan masalah manusia…. dan salah satu masalah yang paling kerap di ajukan kepada saya adalah tentang masalah HUTANG!
Ramai yang saya temui, bertanya dan meminta nasihat dari saya tentang “Bagaimana untuk membebaskan diri dari hutang?
Walaupun saya ini tidak memegang “title” pakar kewangan… Tetapi, apabila berbicara tentang perihal kewangan, ada beberapa prinsip yang saya pegang di dalam hidup saya.. dan Alhamdulilah, dengan prinsip-prinsip tersebut, hidup saya tidak lagi dibelengu sebarang hutang! Malah, dengan menggunakan prinsip-prinsip kewangan yang betul, saya juga telah berjaya memiliki beberapa aset yang bernilai jutaan ringgit!
Perkara itu, membuatkan saya terfikir untuk berkongsikan prinsip-prinsip kewangan di dalam hidup saya dengan lebih ramai orang, agar, lebih ramai yang akan dapat membebaskan diri dari kehidupan yang dibelengu hutang! Tidak kira, sama ada hutang PTPTN, hutang kahwin, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang perniagaan, hutang peribadi… insyaAllah, semuanya boleh diselesaikan!

PANDUAN BEBAS HUTANG!

Untuk memudahkan saya berkongsi dengan anda tentang prinsip, tips serta teknik bagaimana saya boleh melepaskan diri dari belengu hutang serta hidup merdeka tanpa hutang. Maka saya telah himpunkan semuanya menjadi sebuah ebook panduan yang mudah untuk dibaca dan diikuti!
Di dalam ebook ini, saya bekongsikan pengalaman saya di dalam melunaskan pelbagai hutang dalam hidup saya. Dari hutang pembelian rumah, pembelian kereta mewah, pembelian motosikal berkuasa tinggi, pembelian hartanah, pembelian condominum, pembelian bangunan pejabat hinggalah kepada pembelian lot banglo.
Setiap dari pengalaman saya membeli dan menyelesaikan hutang-hutang itu, saya sertakan langkah-langkah efektif yang boleh anda tiru untuk melangsaikan hutang anda.

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

APA YANG TERKANDUNG DALAM EBOOK INI?

Terdapat begitu banyak info, tips, teknik, ilmu serta pengalaman sebenar saya yang saya kongsikan di dalam ebook ini!. Antaranya adalah seperti berikut…
  • 3 Sebab mengapa manusia berhutang. Apabila anda ketahui sebab ini, maka anda akan lebih berhati-hati apabila mahu membuat sesuatu hutang.
  • Terdapat 4 Jenis hutang yang perlu anda ketahui. Dari 4 tersebut, hanya 1 sahaja yang boleh diteruskan dan yang 3 lagi, perlu dihindarkan dan dielakkan.
  • Ada 3 perkara wajib yang perlu anda miliki sebelum mengambil sesuatu hutang. Tanpa 3 perkara ini, anda mungkin akan terperangkap dalam bebanan hutang selama-lamanya.
  • Saya pecahkan kategori hutang ini kepada 3 kategori, iaitu hutang besar, hutang sederhana dan hutang kecil. Dalam setiap kategori dan jenis hutang itu, saya kongsikan cara penyelesaiannya.
  • Saya kongsikan juga 10 Prinsip & Perkara Penting Yang Perlu Anda Lakukan untuk melangsaikan semua hutang di dalam hidup anda!
  • 3 Langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang anda satu demi satu dengan lebih pantas.
  • 3 Langkah efektif yang perlu anda lakukan apabila menghadapi kesulitan dan gagal membayar hutang anda
  • 3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu anda elakkan dari terjebak dengan masalah hutang.
  • Amalan harian serta doa yang mampu membantu melepaskan diri dari hutang serta stress akibat hutang.

BERMINAT NAK DAPATKAN EBOOK INI?

Baiklah, untuk tidak membebankan anda, saya tawarkan ebook ini kepada anda dengan harga yang cukup murah… iaitu dengan hanya RM27 sahaja, ebook ini akan menjadi milik anda dan insyaALLAH, ianya akan dapat membantu anda membebaskan diri dari belengu hutang dengan lebih cepat. pastinya, hidup anda akan menjadi lebih tenang dan gembira apabila anda berjaya melepaskan diri dari semua bebanan hutang yang ada sekarang.
Klik butang “Dapatkan Sekarang” dibawah segera untuk mendapatkan ebook ini!

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Yang benar,
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Penulis & Pakar Motivasi
P/s:- Ramai orang sibuk bersedekah dengan harapan akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya di kemudian nanti, mereka dapat membayar hutang-hutang yang ada. Sedangkan membayar hutang itu adalah perkara wajib dan bersedekah itu pula adalah perkara sunat. Dahulukan yang wajib dan kemudian barulah lakukan yang sunat. Pasang niat untuk membayar hutang “ketat-ketat” dalam hati… kelak anda akan lihat betapa mudahnya urusan anda mendapatkan rezeki hingga terlangsai segala hutang dan terus terlebih-lebih hingga anda terpaksa pula banyak bersedekah! Dahulukan yang wajib, insyaAllah yang sunat akan menjadi lebih mudah!
P/p/s :- Dalam ebook ini saya berkongsikan prinsip-prinsip kewangan yang saya amalkan dalam hidup saya, ianya telah dapat membantu saya untuk hidup bebas tanpa hutang. Saya percaya anda juga boleh melakukannya jika mengamalkan prinsip yang sama.
P/p/s :- Oh ya! Jika ada orang lain yang berhutang dengan anda, mungkin juga anda boleh kongsikan halaman ini dengan mereka! Mana tahu terbuka hati mereka untuk membayar hutang anda pula… Klik sahaja butang share dibawah ini

-Klik ikon dibawah untuk share halaman ini!-

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jom Bebas Hutang : Hidup Merdeka Tanpa Hutang
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more