Selamat Menjalani Temuduga
21 Jul 2020Denggi oh denggi…
5 Aug 2020Nak dijadikan cerita, selama ni aku jarang pun guna stereng lock ni bila balik rumah mertua. Entah macam mana, lepas balik solat Jumaat kat masjid area rumah mertua petang 31 Julai tu, aku tergerak hati nk pasang stereng lock. Apa lagi.. pagi tadi baru tahu kunci stereng lock dah tak de kat kunci kereta. Glenya sangat nak pasang stereng lock. Hahaha.. So terpaksa la pinjam kereta kakak ipar.
Stereng lock
Sampai kat rumah… try cari merata tempat.. dalam bilik tidur.. tak jumpa. kat tempat simpan segala kunci kat ruang tamu.. tak jumpa.. kat tempat workstation/tempat belajar.. tak ada jugak… memang dah takde harapan…. Huhuhu.. Ahhh lupakan kejap pasal kunci tu..
Tengahari tu aku sekeluarga dan mak ayah terus pegi ke Dewan Wawa kat Wakaf Mek Zainab. Depan Sekolah Chung Hwa. Adik aku, Chi awal-awal lagi dah pergi sana. Biasa lah.. jurugambar keluarga. 😀 . Hadir Majlis Perkahwinan sepupu aku Asyraf dengan pasangan dia Michelle. Sorang lagi keturunan Wan Ismail di Kutan, Pasir Pekan melangsungkan perkahwinan…
Kunci-kunci syurgaku
Aih.. Alya mata sting.. silau katanya
Permata hatiku
Kakak & adik
Bersama pengantin
Santapan pengantin
Anak cucu cicit Wan Ismail
Anak cucu cicit Wan Ismail
Anak cucu cicit Wan Ismail
Cucu-cucu Wan Ismail
Tok sdara pun datang jugak… Abe Mus & isteri
Letih Alya… On the way balik hantar Oma Opa
Selamat Melayari Bahtera Rumah Tangga dan Tahniah Buat sepupu, Asyraf dan pasangan, Michelle. Semoga hingga ke Jannah hendaknya.
Lepas ni giliran cucu cicit Wan Ismail hok mana pulok?
Lepas hantar mak ayah, terus balik rumah mertua bermalam kat sana sebab ada makan gulai sepupu sebelah isteri aku. Petang tu mula operasi mencanai stereng lock tu… hasilnye… jeng jeng jeng…